OWHHH...PATUT LA TAK BERAPA NAK DENGAR PONG PANG PONG PANG PASAL RASUAH....JANGAN TU SAJA....BAB ARAK..BAB JENAYAH...DIAM DAH ..TAK BERAPA NAK DENGAR

 


PAS cuba sembunyi sikap ‘lunak’ kepada rasuah, perasuah, kata Amanah




Amanah berkata PAS seharusnya mengambil sikap lebih tegas dalam
 menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah
 seperti Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti rasuah bagi menyembunyikan sikap sebenar parti itu yang ‘lunak’ terhadap kegiatan rasuah.

“PAS mempertahankan individu dan kumpulan pelaku rasuah yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Apatah lagi ia dibuat ketika Sarawak Report menegaskan mereka mempunyai bukti parti tersebut menerima wang daripada Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap portal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PAS seharusnya mengambil sikap lebih tegas dalam menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah seperti Umno.

“Sikap tidak bermoral PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah telah memberikan gambaran yang salah tentang kesucian dan ketegasan Islam dalam menjaga harta negara dan kepentingan awam.

“PAS juga seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa seperti mana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ianya juga satu bentuk rasuah dan tidak bermoral,” katanya.

Khalid berkata, sikap tegas Pakatan Harapan terhadap rasuah telah dibuktikan dengan kejayaan membawa pelaku rasuah dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan.

“PH juga telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebagai sebuah agensi pengukuhan amalan urustadbir baik dan anti-rasuah dan ia telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif dalam melawan amalan rasuah dalam tempoh yang singkat.

“Rekod cemerlang kerajaan PH dalam melawan rasuah terbukti apabila Indek Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia pada tahun 2019 telah menunjukkan kenaikan skor IPR yang tertinggi sebanyak 53 poin sambil meraih kedudukan pada tangga 51 daripada 180 negara.” katanya.

Namun katanya, Malaysia telah menerima skor yang lebih rendah, iaitu sebanyak 51 point semasa PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan PN pada 2020.

“Kini terus menjunam pada tahun 2021 setelah mendapat skor sebanyak 48 dan berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara yang terlibat,” katanya.

PAS semalam dilaporkan mendakwa, ia menolak kerjasama dengan PH kerana kalangan pemimpin gabungan itu “mengumpulkan pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Hadi turut menyifatkan PH sebagai sarat dengan orang “tidak beriman dan bermoral secara terbuka”.

No comments: