Rumah siap tak terjual terus meningkat terutama di Johor (baca beritanya di https://bit.ly/3LdZ87b).
Aku tersenyum sinis bila baca berita ini. Lebih lagi bila dapat
tahu yang paling banyak adalah di Johor. Dalam hati kecil aku berkata
"padan muka".
Kenapa?
Sebab di Johor, pemaju buat rumah bukan untuk warga Johor. Tapi
untuk warga asing terutamanya dari Singapura. Cuba lihat harga rumah tak laku
ini. Kebanyakannya berharga lebih RM600k hingga ke RM1 juta. Gila!
Rakyat tempatan mana mampu nak beli? Mungkin ada tapi sedikit.
Tapi bagi warga Singapura tak ada masalah. Sebab nilai ringgit yang lemah
jadikan rumah bernilai RM600k ini tak sampai pun S$200k.
Sebab itu jualan merosot di tahun 2020 kerana PKP yang mana
sempadan di tutup. Orang Singapura tak boleh masuk sini. Tapi pada 2021, ada
peningkatan sebab sempadan dah kembali dibuka.
Bila pemaju sibuk buat rumah untuk warga asing, rakyat tempatan
nak tinggal mana? Terpaksalah beli rumah di pinggir bandar, yang jauh dari
tempat kerja mereka. Atau pilihan lain, duduk setinggan.
Aku dah lama risaukan hal ini. Kadang aku cakap ke isteri aku,
terpaksa terima hakikat kalau anak-anak terpaksa tinggal di setinggan semula
nanti.
Aku dulu berpuluh tahun baru dapat keluar dari perumahan
setinggan. Menyedihkan kalau anak aku terpaksa ulang cerita yang sama tapi apa
daya aku?
Sebab cuma aku dan para marhaen yang fikirkan soal ini. Pemimpin
kerajaan dan kayangan tak kisah kalau rakyat tempatan merempat di bumi sendiri.
Yang penting, kocek mereka sentiasa terisi.
Sepatutnya kerajaan utamakan beri lesen kepada syarikat yang
bina rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan bandar. Tapi iyalah. Rumah
sederhana rendah dan kos rendah tak banyak komisennya.
Tambah masalah, yang dikatakan mampu milik pun rakyat tempatan
mampu tengok saja juga. Kalau ada pun yang murah, binaannya ala kadar.
Rakyat Johor perlu bangkit dan terus tolak kerajaan yang
ketepikan rakyat sendiri ini. Itu saja caranya untuk kita bina masa depan yang
lebih baik untuk generasi mendatang kita. Guane boh?