KERUSI GRED A BANYAK...TEMERLOH DAH DAPAT...SHAH ALAM...CUBA TENGOK BELAH KELANTAN DAN TERENGGANU...SANA BANYAK GRED A....KENA TRY BELAH SANA...KENA TEBAS LALANG DUA TIGA KALI..YANG BAGI PUN DAH MENANG TAK TERJAGA DAN TERABAI...KA LAGU MANA ?

 

PRU15: Pemuda Amanah tuntut kerusi ‘gred A’






Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda mahu seluruh sayap dalam
 Pakatan Harapan terus menggembleng usaha menarik undi golongan
 muda pada PRU15. (Gambar Facebook)

SEREMBAN: Pemuda Amanah mahu pucuk pimpinan parti mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Mohd Hasbie Muda berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlulah setanding dengan kerusi diberikan kepada rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang.

“Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan. Jadi Pemuda nak kerusi yang sama.

“Ada kepimpinan Pemuda kena ‘tebas lalang’ dulu (kalau nak bertanding), kawan-kawan (rakan politik) terus masuk je, tak payah tebas lalang, ini kita rasa pelik sikit,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional sempena Konvensyen Amanah 2022.

Dalam pada itu, Hasbie berkata Pemuda Amanah juga mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan Muda, namun menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, sayap itu menerima apa sahaja keputusan sama ada penyertaan Muda ke dalam PH sebagai sebahagian parti komponen atau kerjasama strategik.

Hasbie juga mahu seluruh sayap dalam PH terus menggembleng usaha menarik undi golongan muda pada PRU15 nanti dan usaha itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas sayap Pemuda sahaja.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen itu berkata pucuk pimpinan parti akan menambah kerusi untuk golongan muda parti itu pada PRU15 nanti.

“Kita juga akan pastikan kerusi yang ‘winnable’ diberikan kepada mereka,” katanya.


No comments: