KRONOLOGI RINGKAS MUDAH FAHAM ISU JEMPUTAN DR AYMAN AL-AKITI







1. Dr Ayman al-Akiti telah dijemput ke Perlis untuk membentangkan berkaitan Tareqat Naqsyabandiah al-Aliyyah pada tarikh 30 July. Ketika itu, Dr Ayman gagal hadir pada tarikh berkenan namun beliau telah maklumkan awal sebelum hari kejadian. Beliau bagi alasan kerana ada program pada tarikh tersebut. Kemudian Dr Ayman mengatakan bahawa Dr Ahmad Naja ada di tanah haram. Jadi tarikh 30 July Dr Ayman tak dapat hadir.

2. Kami dapati, dalam surat yang ditulis oleh Dr Ayman pada tanggal 18 Julai 2022, beliau kelihatan menyenaraikan beberapa nama yang kami dapat fahami yang sesuai untuk dijemput ke Perlis.

Antara yang terlibat dalam pembentangan kertas kerja berkaitan Tarikat Naqsyabandiah al-Aliyyah sebelum ini adalah:

- Prof Madya Dr Ahmad Naja bin Mokhtar

- Prof Madya Dr Muhammad Khairi Mahyuddin

dan penyelidikan JAKIM yang lain.

Manakala pembentang maklum balas pula adalah:

- Dato Wan Muhammad

- Dr Ayman al-Akiti

Itu antara nama yang disebut oleh Dr Ayman. Nama Ustaz Engku satu apa pun tak ada asalnya dalam surat rasmi pada 18 Julai 2022. Jadi Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis pun menjemput beberapa nama-nama yang disebut oleh Dr Ayman al-Akiti tadi.

3. Cuba baca kisah di bawah:

"Akita hendak pergi masuk tournament pertandingan bola sepak . Peraturan di situ sebelum pergi kena senaraikan nama dahulu siapa yang hendak main. Akita ajak kawan kawannya pergi ke sana. Akita ajak abangnya yang pakar dalam drum iaitu Afifa. Selain itu Akita ajak juga Razali dan Kamal. Akita telah senaraikan dan hantar nama semua yang terlibat kepada penganjur"

Akita tak ajak pun rakan mereka yang bernama SANGKU dan Babo Shiq. Ini kes kawan tak ajak kawan la asalnya dalam list rasmi. Akita yang tak ajak Sangku pergi main. Tapi yang dimarah pula adalah penganjur. Walhal Akita yang tak ajak member tu iaitu Sangku dari awal. Penganjur pula kena marah. Ini kes member tak ajak member la. Malu betul.

Walaupun Sangku tidak ada nama dalam list, penganjur kesian tengok SANGKU duduk seorang diri tepi padang bola cabut rumput dan letak di bibir. Mujur tiada pokok, jika ada dikhuatiri beliau akan tawasul dengan pokok. Apabila melihat kasihan pada Sangku di tepi padang, maka penganjur pun benarkan SANGKU masuk sekali.

4. Tuan tuan, ini mesyuarat Rasmi berkaitan fatwa Negeri. Nama-nama yang bakal masuk ke dalam mesyuarat, Dr Ayman al-Akiti sendiri yang telah cadangkan pada surat yang bertarikh 18 Julai 2022. Ini bukan mesyuarat group whatsapp yang boleh sesuka hati add and remove orang dari Ahli group. Ini mesyuarat rasmi fatwa Negeri.

Bayangkan jika berlaku di negeri lain, ketika mereka bincang berkaitan fatwa tertentu, ada orang yang sesuka hati meminta untuk masuk. Akan rosak lah institusi fatwa begitu.

Kesimpulan:

- Perlis jemput Dr Ayman datang 30 July, beliau tak dapat hadir dan telah maklumkan pada 18 July.

- Dr Ayman kata nak datang 15 September. Perlis terima.

- Dr Ayman cadangkan jemput beberapa nama lagi yang disenaraikan beliau, Perlis terima.

- Tiba hari kejadian, orang yang tiada nama dalam list bahkan tidak disebut dalam surat Dr Ayman al-Akiti sendiri pada 18 July iaitu Ustaz Engku, orang itu hadir. Perlis terima juga masuk walaupun tak patut untuk orang awam masuk.

- Dr Ayman al-Akiti berharap agar perbincangan mesyuarat tadi sulit pada surat beliau 18 July 2022.

 

No comments: