1- Beberapa hari lepas ramai sahabat PAS marah, Bila aku menulis tentang bagaimana takrif keadaan mereka yang terpaksa memberikan rasuah atau Bayaran, Mereka marah seolah olah aku membenarkan rasuah.. Pandangan itu tidak benar, aku tidak pernah menghalalkan Rasuah..
2- Hatta dalam beberapa keadaan Rasuah (الرشوة) itu tidak hanya datang dalam bentuk bayaran, Dinar dan Dirham.. ia boleh datang dalam bentuk jawatan, kedudukan dan kuasa seperti mana kedudukan dan Jawatan Haji Hadi hari ini.. Jelas di dalam Islam ianya dibawah takrif Rasuah..Ia dalam bentuk ( scheme of things )..
Itu sebabnya Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari memetik kata Ibnu al-Arabi dalam meletakkan makna rasuah itu..
الرشوة كل مال دفع ليبتاع به من ذي جاه عونا على ما يحل
“Risywah atau Rasuah itu suatu harta yang diberikan untuk membeli kehormatan/ kekuasaan bagi mereka mendapat dan memilikinya, digunakan bagi membenarkan/atau menghalalkan sesuatu yang sebenarnya tidak halal( bathil ).."
Begitulah kedudukan Haji hadi dan rakan Tahalufnya, Kedudukan, Jawatan hatta gaji dan elaun yang mereka perolehi hari ini datangnya dari jalan yang Bathil.. ianya Bukan diperolehi dari yang datang menjadi Hak mereka...
3- Itu Dalam definisi pada makna lughah atau (bahasa), dan menurut Istilah disebutkan Ulama'..
..مَا يُعْطَى لإِبْطَال حَقٍّ ، أَوْ لإِحْقَاقِ بَاطِلٍ
" al-Risywah (الرِّشْوَةُ) merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan... "
4- Dari mana datangnya kekuasan, kedudukan Elaun yang dijadikan Pendapatan kelompok ini ? Yakni dengan cara AL-GHADR(Melanggar Perjanjian/Khianat) dan AL-GHASB(Merampas)...
Mereka merampas dari yang punya hak atas kekuasaan... Dalam surah Al Kahfi yang selalu dibaca ulang pada hari jumaat perkataan ( غَصْبًا ) ini disebutkan merujuk peristiwa Raja yang merampas perahu atau Sampan milik orang miskin..
Sheikh Ibnul Utsaimin Menyebutkan Rasuah itu.. :
إن الرشوة تكون في الحكم فيقضى من أجلها لمن لا يستحق، أو يمنع من يستحق أو يقدم من غيره أحق بالتقديم
“Sesungguhnya risywah/Rasuah keberadaannya dalam hukum yang diputuskan kerananya kepada orang yang TIDAK BERHAK atau MEGHALANGI orang yang BERHAK, atau mengedepankan orang yang selainnya yang lebih berhak untuk dikedepankan...”.
Meletakkan orang yang tidak berhak dalam Politik dan kedudukan Kerajaan, Menafikan mereka yang telah dipilih Rakyat pada PRU 14 adalah satu bentu Rasuah.. Dan Sheikh Utsaimin memetik pandangan ini menyentuh firman Allah..
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah: 188)
5- (AS SUHT) السحت
Inilah dikenal dengan nama (as-Suht) السحت
, dalam hadis Nabi disebutkan api neraka adalah utama baginya... Kemudian Nabi ditanya Sahabat :” Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan harta haram itu (as-Suht) وما السحت .” apa jawab Nabi SAW ?
.." الرشوة في الحكم "
"Ia adalah Rasuah untuk meraih jabatan/Jawatan ”
Boleh Jadi Haji Hadi dan rakan ahli parlimen, Senator yang dilantik menjadi Menteri terlebih dahulu bermuhasabah, Apakah halal, Jawatan, kedudukan Elaun yang diambil dari kerja Khianat dan Merampas(Zalim)... harus diingat, Disebutkan takrif dalam Lisaanul Arab makna zalim itu.. :
الظُّلْمُ: وَضْع الشيء في غير موضِعه
“Azh zhulmu yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya...”
Apakah Ini Gambaran Ulama' yang tidak Bemoral.. Orang Beriman takkan memakan harta dengan jalan yang Bathil.. Maka Bertaubat lah wahai Haji Hadi.. :)
Ipohmali
Tazkirah Jumaat
16 SEPT 2022