SAYA TAK PERNAH LIHAT BADAN KEHAKIMAN YANG BEBAS SEPERTI HARI INI – MUSA HITAM

 

Tun Musa Hitam menegaskan, beliau tidak pernah melihat badan kehakiman yang bebas seperti hari ini terutama yang melibatkan hal ehwal politik.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya terhadap golongan yang mempunyai kepentingan politik.

Dalam masa sama, Musa tidak menolak ada juga golongan yang gembira kerana sistem perundangan negara memperlihatkan tiada campur tangan daripada kerajaaan.

“Saya tidak pernah menyaksikan badan kehakiman yang bebas seperti sekarang, sangat tegas dan sudah tentu yang berkaitan dengan kepentingan politik, ia melibatkan banyak pihak akan marah dan gembira tetapi perkara yang kita perlu berpegang pada prinsip tidak campur tangan yang pernah anda lihat padanya,” jelasnya.
Musa berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Persatuan Dyslexia Malaysia, di ibu negara, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah berkaitan dengan kes penyelewengan dana serta rasuah yang menyaksikan beberapa ahli politik dijatuhkan hukuman.
Tambah Musa, kebebasan badan kehakiman perlu dipertahankan bagi memastikan prinsip keadilan terus ditegakkan di negara ini.
“Jika anda terlibat secara emosi, anda mungkin tidak gembira. Sangat jelas dalam badan kehakiman kita adalah bebas, malah peguam adalah sebahagian daripada isu kebebasan institusi ini.
“Tetapi bagi saya setakat ini dalam hidup saya ini tidak pernah sebebas yang saya saksikan dalam hidup saya,” katanya lagi.
Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tidak-pernah-lihat-badan-kehakiman-negara-bebas-seperti-hari-ini-tun-musa-381154%3Famp%3D1