TUUU DIIAAA AIHH 9 BILLION TAK CUKUP- HABIS YANG SAKAW DUIT MACAMANA ?

 


Laporan JKSTUPKK LCS: RM9 bilion tak cukup selesai bina 6 kapal




Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bimbang dengan aliran tunai lemah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi tempoh 31 Mei 2019 dengan hutang berjumlah RM956.89 juta. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) membuat syor kepada kerajaan meneruskan kontrak pembinaan enam kapal tentera laut walaupun ada daripada lima kapal hanya siap 1.55% hingga maksimum 36.75% selepas RM5.94 bilion dibelanjakan, setakat Mei 2019.

Selain itu, kapal keenam LCS pula masih belum dimulakan pembinaannya.

Siasatan JKSTUPKK juga merekodkan kedudukan syarikat pembina LCS, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi tempoh 31 Mei 2019 juga dilihat amat lemah dengan hutang berjumlah RM956.89 juta.

Dalam laporan siasatan itu, pihak jawatankuasa turut menyatakan baki RM3.19 bilion bagi mendapatkan keseluruhan enam kapal LCS tidak dapat ditampung, termasuk disiapkan pembinaannya.

“Pencapaian fizikal keenam-enam buah LCS yang masih berbaki antara 63.25% hingga 100% serta jangkaan baki peruntukan kewangan sebanyak RM3.19 bilion (RM9.13 bilion ditolak RM5.94 bilion).

“Ini tidak dapat menampung dan menyiapkan sepenuhnya pembinaan keenam-enam buah LCS terbabit,” lapor Berita Harian.

Menerusi laporan itu, jawatankuasa itu turut memohon Kementerian Pertahanan mempertimbang kedudukan aliran tunai syarikat BNS.

“Kedudukan aliran tunai BNS setakat 31 Mei 2019 dilihat amat lemah dengan hutang bank sebanyak RM956.89 juta dan hutang kepada pembekal serta pengeluaran produk tulen (OEM) sebanyak RM801.11 juta,” katanya.

JKSTUPKK turut berpendapat wajar bagi kerajaan meneruskan kontrak pembinaan itu.

“Bagaiamanapun jawatankuasa siasatan turut mencadangkan agar Kementerian Pertahanan hendak lah segera membentangkan semua penemuan siasatan itu, implikasi kewangan kerajaan dan hala tuju projek terbabit kepada Jemaah Menteri.

“Ini bagi membolehkan Jemaah Menteri mempertimbang dan membuat keputusan yang terbaik mengenai hala tuju pembinaan enam buah LCS,” katanya.

Laporan JKSTUPKK yang dinyahklasifikasikan lanjutan daripada syor PAC pada 4 Ogos lalu dan keputusan Kabinet pada 10 Ogos 2022.


No comments: