PECAH TAK PECAH ITU HANGPA PUNYA PASAL LAH...JANGAN ANGGAP WALAUN SEMUA BODO...MASAALAH PAK LEBAI ATASAN ANGGAP WALAUN SEMUA BODO...

 


KETIKA DIBAWAH TOK GURU...PAS DILIHAT AMAT KUAT DAN MENDAPAT SOKONGAN KAUM ASING DENGAN CUKUP KUAT. TAPI SEKARANG PAS JANGAN HARAP WALAU SATU UNDI.



Cuma ‘air berkocak dalam cawan,’ beza pandangan dalam PAS tak pecahkan parti, kata mursyidul am







Perbezaan pandangan sekadar cadangan dalam usaha memantapkan PAS, dan bukannya untuk memecahbelahkan parti, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menolak tanggapan bahawa perbezaan yang berlaku antara pemimpin parti itu berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan membawa kepada perpecahan, menjelang muktamar parti yang berlangsung awal bulan depan.

Katanya, adapun pimpinan berbeza pandangan ia hanya sekadar cadangan dalam usaha memantapkan PAS, dan bukannya untuk memecahbelahkan parti.

“Dalam PAS keputusan dibuat pimpinan pusat, jadi biasanya apabila keputusan sudah dibuat, wajib diikuti pengikut.

“Dalam PAS juga tidak ada masalah kerana setiap dasar kita nak putuskan itu walaupun ada yang tidak puas hati dalam kalangan pimpinan, itu hanya ibarat air berkocak dalam cawan sahaja, boleh diatasi dengan mudah dan setelah keputusan besar dibuat semua pimpinan akan patuh, walaupun di peringkat awal ada yang beza pendapat,” katanya kepada FMT.

Muktamar PAS dijadualkan berlangsung pada awal September ini, dengan isu melibatkan kerjasama MN serta PN dijangka hangat dibincangkan.

Beliau menegaskan sekalipun berlaku perbezaan pendapat dalam PAS sekarang ini, ia tidak akan membawa kepada penyingkiran beramai-ramai seperti dilihat pada 2015 yang melihat pembentukan Amanah.

Katanya, jika adapun pandangan dari pimpinan PAS bahawa parti itu perlu memilih hanya satu iaitu Muafakat Nasional (MN) bersama Umno atau Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, itu hanyalah pandangan peribadi dan bukannya keputusan parti.

“Keputusan PAS untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN) masih kekal sampai sekarang, dan saya rasa akan berterusan. Tak timbul isu pemimpin sokong PN sahaja (atau) sokong MN sahaja,” katanya.

Sebelum ini seorang pemimpin PAS membidas beberapa individu dalam parti itu yang mendakwa kononnya pendekatan mengeratkan hubungan kerjasama MN bersama Umno dan PN dengan Bersatu sebagai melanggar arahan Presiden Abdul Hadi Awang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata beliau hairan bagaimana pemimpin tertentu dalam PAS boleh membuat tuduhan sebegitu, sedangkan Hadi sendiri menegaskan perlunya mengekalkan kerjasama termasuk dengan Umno.

Beliau juga memberi bayangan insiden penyingkiran beramai-ramai dalam parti itu pada 2015 boleh berulang, apabila ada ahli parti yang “bersilat di belakang presiden” dan tidak ikhlas.

Tanpa menyebut atau memberikan gambaran secara jelas pihak yang dimaksudkannya itu, ulama PAS terbabit berkata, sikap berkenaan menunjukkan mereka membawa kepentingan sendiri.

No comments: