Pas dah lupa ke, sekarang Pas pun sokong undang-undang penjajah sebab nak jadi kerajaan

 


Pas semakin lupa bahawa mereka kini sedang mendukung undang-undang penjajah yang telah sekian lama mereka bantah. 

Namun atas dasar untuk mengekalkan kuasa sedia ada, terbukti ramai dijahilkan melalui bahasa-bahasa yang diungkap berlatar belakangkan ayat Al Quran dan hadis. 

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli Pas harus ingat dan jangan lupa ucapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sejak sekian lama yang menyarankan supaya Umno ditentang kerana parti tersebut kekal mendukung undang-undang penjajah. 

mahfuz omar

“Kami yang tinggalkan Pas adalah kerana merasa tertipu dengan pendirian Pas di bawah pimpinan Hadi yang sering menyatakan Umno harus ditentang kerana mereka mengamalkan undang-undang penjajah. 

“Walau bagaimanapun permainan politik Pas kini ternyata mereka hanya ingin posisi dalam kerajaan sehinggakan sanggup mendokong undang-undang penjajah yang telah mereka tentang suatu ketika dulu. 

“Pas tidak lagi membicarakan soal pokok yang telah sekian lama menjadi perjuangan mereka termasuklah Akta 355 yang juga sebagai denyut nadi mereka,” ujar beliau ketika sesi dialog melalui laman Facebook bersama Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh malam tadi. 

Tegasnya lagi, yang hanya menjadi amalan Pas kini ialah menyemarakkan sentimen kebencian supaya rakyat terus memberi mandat kepada mereka untuk berkuasa. 


No comments: