SEMOGA ANDA JUGA AKAN DIBICARAKAN SEADILNYA


Zahid tukar reka bentuk LCS 2 hari selepas syor BNS, kata laporan




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Projek LCS menarik perhatian negara selepas PAC melaporkan tiada satu kapal pun berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion.

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi menukar reka bentuk kapal tempur pesisir (LCS) daripada Sigma kepada Gowind dua hari selepas mendapat syor daripada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan ia bertentangan dengan pendirian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perkara itu didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan enam LCS yang dinyahklasifikasi dan diterbitkan di portal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hari ini.

Bekas menteri pertahanan itu pada mulanya bersetuju dengan pendirian TLDM untuk memilih reka bentuk Sigma dari Belanda pada 26 Mei 2011.

Beliau bagaimanapun menukar pendirian itu dua hari selepas mendapat surat daripada BNS pada 8 Julai 2011 yang mengesyorkan pemilihan reka bentuk Gowind, sebelum BNS mengeluarkan surat niat kepada syarikat sub kontraktor Perancis, DCNS pada 13 Julai 2011 untuk memulakan proses reka bentuk konsep dan penilaian reka bentuk.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Panglima tentera laut ketika itu, Abdul Aziz Jaafar, mempertahankan pendirian dan konsisten memilih reka bentuk Sigma dari Belanda dalam pembinaan LCS.

“Ini jelas diperlihatkan dalam surat panglima tentera laut kepada ketua setiausaha Kementerian Pertahanan pada 17 Ogos 2011 dan kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 7 Sept 2011,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan BNS telah memajukan permohonan untuk meningkatkan kos pembinaan enam LCS dengan mengemukakan justifikasi perincian kos baharu iaitu berjumlah RM1.416 billion.

“Perincian kos tersebut dilihat telah meningkat masing-masing sebanyak RM41 juta dan RM722.43 juta berbanding justifikasi awal BNS bertarikh 17 Mei 2019 iaitu berjumlah RM1.375 bilion (worst case scenario) atau RM693.57 juta (optimistic case scenario).

“Dalam tempoh dua bulan boleh berlaku cadangan peningkatan kos sebanyak RM41 juta atau RM722.43 juta,” menurut laporan itu.

Perolehan enam LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion.

Tempoh kontrak bermula pada 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 dengan tujuan perolehan bagi meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan pelbagai operasi.

Projek LCS menarik perhatian negara selepas PAC melaporkan tiada satu kapal pun berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan Kementerian Pertahanan dan kontraktor, BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai projek itu.

No comments: