LAPORAN SIASATANPEROLEHAN LCS

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF







Dia macam kita order Hilux tapi salesman tukar bagi Proton Juara. Lepas tu yang Proton Juara tadi dah bertahun tak siap , dan dia sedaya upaya nak convert jadi Hilux; persoalan dia kenapa tak order Hilux sahaja dari mula yang sudah proven in the first place?

Elok dah TLDM minta ikut specifikasi perairan kita, tapi boleh pula kontraktor ubah suka-suka. Itu yang Panglima Tentera Laut kata, tak pernah ikut sejarah, design di tentukan oleh kontraktor dan bukannya TLDM. Betul, juga, kalau kita nak beli kereta, takkan jurujual tu yang tentukan kita nak beli kereta apa, yang bayar kita, yang nak pakai kita; pasal apa pula kena bagi jurujual buat keputusan?

Bab Combat Management System pun pelik, kenapa pilih SETIS yang akan obsolete dalam masa 5-10 tahun, dah la tu ada single point of failure. ( walaupun dia kata boleh update redundancy)

Lepas itu kalau guna GOWIND, TLDM dan terikat dari segi CMS, terpaksa pilih SETIS dan tak boleh guna vendor2 lain yang mana boleh bagi pilihan yang lebih banyak pada TLDM.

Ini Snippet LAPORAN JKSTUPKK TERBUKA: Laporan Siasatan Perolehan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia yang di tubuhkan masa zaman PH.

Baca penutup bab "penglibatan anggota pentadbiran di peringkat awal sebelum kontrak di tandatangani menyebabkan reka bentuk dan komponen yang di perlukan oleh TLDM sebagai end user di ketepikan". Persoalan dia, dalam kes ini siapa dia anggota pentadbiran?

Siapa rajin boleh la baca semua apa masalah punca kelewatan , dari laporan kewangan yang tak bagus, hutang pembekal, langgar tatacara proses tender antarabangsa dan macam-macam lagi.

https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-317.pdf

 

No comments: