LAAA...DALAM USHA NAK CARI MAT SAKAW...ADA LAGI CUBAAN NAK SAKAW..BUKAN SIKIT SIKIT 600 JUTA..

 

Laporan LCS: Kos pasang sistem sokongan naik RM600 juta ‘mengarut’




Laporan JKSTUPKK mendapati kerajaan sepatutnya hanya perlu menanggung RM121 juta saja bagi memasang Sokongan Logistik Bersepadu (ILS) untuk projek kapal tempur pesisir (LCS).

PETALING JAYA: “Ini mengarut”. Itu kenyataan Ambrin Buang dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung kos Sokongan Logistik Bersepadu (ILS) yang meningkat kepada RM600 juta berbanding kos asal RM121 juta.

Bagi pembayaran itu, Kementerian Pertahanan terpaksa menggunakan perbelanjaan mengurusnya membayar RM600 juta kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi ILS untuk dipasang pada kapal tempur pesisir (LCS).

Kata JKSTUPKK, dalam beberapa siri rundingan harga berdasarkan RM9 bilion sebagai peruntukan siling LCS ditetapkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), beberapa skop asal kontrak telah pun dikeluarkan termasuk ILS bernilai RM121 juta daripada skop asal.

Ia susulan, Kementerian Pertahanan berdepan “kesukaran” memuktamadkan persetujuan bersama BNS.

Bagaimanapun, apabila kontrak lain ditandatangani untuk ILS, harganya telah mencecah sehingga RM600 juta, sekali gus mengakibatkan harga kontrak keseluruhan LCS meningkat RM9.128 bilion kepada RM9.728 bilion.

Menurut siasatan itu, pemasangan ILS merupakan kontrak berasingan walaupun sistem berkenaan sudah dimuatkan sebagai antara skop awal rundingan

“…tidak tandatangan. Jadi, ia dikeluarkan, namun mereka (BNS) mendapati mereka memerlukannya (ILS), mereka masuk kontrak lain berjumlah RM600 juta.

“Saya rasa ini mengarut”, kata Ambrin yang juga pengerusi JKSTUPKK.

Kata JKSTUPKK, sekiranya kerajaan bertegas mahu memasukkan ILS dalam kontrak asal, kerajaan hanya perlu membayar RM121 juta sahaja, berbanding RM600 juta.


No comments: