FB
Rafizi Ramli
22
Ogos 2022
SIAPA
ZAINAB MOHD SALLEH?
Penafian
Datuk Dr Latiff Ahmad hari ini sangat lemah.
Saya
perincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan beliau.
Saya juga sertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang
menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau.
Beliau
hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk
kepada laporan berita yang tular. Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu
kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog
Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini.
Zainab
Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan.
Bila
Dr Latiff hanya merujuk kepada “berita yang tular”, ada macam-macam kemungkinan
maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua
pun tahu).
Esok,
saya akan tunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Dr Latiff dengan
seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes
Marine. Insya Allah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan
Dr Latiff Ahmad sebagai “spouse” (atau suami) kepada Zainab Mohd Salleh ini.
Kawan-kawan
yang mengikuti jangan cepat gelabah. Ada saja netizen yang cepat-cepat kata
serkap jarang dan sebagainya. Kamu ingat nak jejaki jerung dan siasat mereka,
sebagai rakyat biasa tanpa kuasa, sama macam Najib buat muka sedih minta
simpati ke?
Namun
saya sudah berkali-kali dibuktikan benar. Rekod pendedahan saya mengenai
skandal-skandal besar negara, bermula NFC, Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, SRC
dan 1MDB semuanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang
terlibat.
Jadi
kawan-kawan jangan cepat menggelabah sangat.
Yang
menggelabah ini hanyalah orang sakau duit rakyat saja.
Tunggu
esok, saya tunjukkan dokumen-dokumen.