AIKK SALAH PETIK PULAK YE...TAK APA LAH...JANGAN LAH GABRA....SENDIRIAN BUKAN KA KUAT...... GITEWWW...

 

Kenyataan disalah petik, Tuan Ibrahim nafi PAS mahu bergerak solo pada PRU15





Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataannya yang menyebut PAS akan bergerak solo pada PRU15 disalah petik media.

PETALING JAYA: PAS menafikan laporan media yang mengatakan parti itu mahu bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataannya sebelum ini telah disalah petik dan beliau menegaskan PAS akan bersama Perikatan Nasional (PN).

“Salah petik itu. PAS komponen PN. Kita akan bersama PN dalam pilihan raya umum (PRU),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada PAS mahu bergerak solo pada PRU15 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sabtu lalu, memetik laporan media, PAS dilaporkan bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan, termasuk bergerak solo pada PRU15.

Tetapi, Tuan Ibrahim berkata, parti itu tetap akan memperkukuhkan PN dalam persiapan menghadapi PRU15.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris yakin kenyataan Tuan Ibrahim itu disalah petik berikut PAS masih bersama PN untuk PRU15.

Beliau berkata kenyataan rasmi yang boleh dipercayai hanyalah daripada keputusan tertinggi parti masing-masing dan selain itu hanyalah provokasi yang mahu melaga-lagakan parti-parti dalam PN.

“Saya baca tulisan itu, kefahaman saya, PN bergerak solo, bukan PAS.

“Kenyataan boleh pakai dalam PN adalah keputusan peringkat tertinggi. Contoh Bersatu melalui Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. Kalau PAS, PAS Pusat. Gerakan melalui Majlis Tertinggi Gerakan,” katanya kepada FMT.

Beliau berpandangan selain kenyataan tertinggi parti itu hanyalah dianggap sebagai provokasi.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman berkata secara peribadi beliau melihat tiada masalah hubungan PAS dengan Bersatu dalam PN setakat ini.

Katanya, semua perkara biasanya dirunding dan disepakati secara musyawarah dalam kepimpinan tertinggi PN.

“Kenyataan Timbalan Presiden PAS bahawa partinya mahu bergerak solo pada PRU15 hanya sekadar andaian dari pihak media saja,” katanya.

No comments: