VIDEO DIDALAM : Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat, Nafi 4 Perkara.Jom kita baca dan fahaminya






Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat, 

Nafi 4 Perkara

Malam tadi, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melafazkan sumpah laknat yang menafikannya tidak terlibat dengan kes pengelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC)

Menurut laporan Harian Metro, Najib juga memaklumkan yang beliau tidak pernah tahu mengenai dana sebanyak RM42 juta itu datang dari syarikat SRC sehingga kini dalam sumpah laknat itu di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.

Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut.

Kredit: Harian Metro