BENDA BERLAKU KOT- KALAU WARGA NET NAK SENSASI- DIPENANG SANA LAGI LA MELUAS PENGGUNAAN SEGALA MACAM MEDIA...SALAH WARGA NET PULAK...

 

Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan, kata Mohd Amar




Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, berkata
 sikap warganet yang suka membesar-besarkan isu rogol dan sumbang
 mahram di negeri itu sehingga ke tahap disensasikan. (Gambar
 Facebook)

PETALING JAYA: Sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”, kata timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.

“Kalau media tidak lapor, maka tiadalah isu ini. Kerajaan tidak nafi perkara ini, negeri lain mungkin kurang sebab tiada laporan.

“Saya lihat sikap netizen, bila isu Kelantan sahaja ia menjadi besar. Sedangkan masalah yang sama ada di tempat lain, seolah-olah di Kelantan mesti sempurna tiada salah dan silap. Itulah masalahnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Amar berkata, kerajaan negeri tidak pernah lari dalam isu tersebut malah sentiasa berusaha untuk mengatasinya.

Katanya, kerajaan negeri menjadikan “Membangun Bersama Islam” sebagai dasar utama dalam memberikan kefahaman berkait agama kepada masyarakat.

“Disebabkan dunia ketika ini terbuka semua bahan yang boleh mengundang kepada perbuatan tersebut mudah untuk dilayari.

“Bagi saya tidak wajar meletakkan kesalahan ini di bahu kerajaan semata-mata. Masing-masing ada tanggungjawab, sebagai orang Islam kita perlu hidup dengan ajaran agama yang sempurna,” katanya.