Dunia Automotif
rdntpSsoeoJ81iic116ta40nt8212:066l9e gu8 1 ·
Ini cara macam mana 7 bandar utama dunia buat untuk setelkan
masalah ‘traffic jam’ mereka.
Apa yang boleh kita belajar dari mereka?
1. Stockholm, Sweden: Electronic Road Pricing
Stockholm mengenakan bayaran khas bagi kenderaan yang masuk ke
dalam bandar pada hari berkerja, dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang.
Pengecualian diberikan kepada bas, teksi, kenderaan
eco-friendly, kenderaan kecemasan & kenderaan yang keluar masuk dari Pulau
Lidingö yang terpencil.
Dalam 2 tahun pertama, 25% kenderaan berjaya dikurangkan
berjumlah lebih 1,000,000 bilangan kenderaan sehari.
Kutipan yang diterima adalah sebanyak USD300,000 sehari yang
mana wang ini disalurkan semula untuk improve lagi trafik & bina infra
servis transit.
2. Barcelona, Sepanyol: Urban Lab – Dynamic Traffic Forecasting
Barca menggunakan smart technology untuk bandar mereka untuk
kawal trafik dan urus ruang parking.
Kamera & sensor diletakkan di jalanan dan kawasan parking.
Jadi data analitik real-time untuk trafik & parking akan dimasukkan dalam
sistem WiFi bandar yang link kepada penduduk & pihak berkuasa.
Kamera trafik pulak dihubungkan dengan fiber optik, jadi real
time data dapat digunakan untuk pihak berkuasa kawal trafik - so mereka boleh
tambah atau kurangkan bilangan lampu hijau berdasarkan kesesakan trafik.
3. London, England: Electronic Journey Planner
Online journey planner untuk kenderaan disediakan di ibu negara
UK - yang bukan sahaja boleh suggest jalan mana nak pakai untuk kenderaan
bermotor, tapi dia include sekali method lain macam berjalan, tubes, bas, tren,
bot dan basikal.
Benda ni hanya berjaya kalau semua operator sanggup berkongsi
data mereka kepada umum.
Sekarang, mereka sedang develop a newer mobile version yang akan
include GPS tracking untuk kenderaan awam, taxi booking dan real time traffic
monitoring - memberikan lebih pilihan untuk rakyat mereka merancang perjalanan.
4. Hong Kong, China: Public Light Bus
Public Light Busses (PLB) atau bas mini, adalah pelengkap kepada
sistem bas standard Hong Kong, kerana ia ‘sampai’ kepada bahagian bandar yang
lebih susah untuk diakses.
Dengan ada hanya 16 tempat duduk, bas mini ini sebenarnya lebih
selesa, lebih laju dan lebih efisyen dengan kekerapan lebih tinggi dan ada
jenis ‘non-stop service’.
Bas mini ini komponen penting untuk melengkapkan isu “last mile”
- yang mana memberi kelebihan kepada public untuk tak perlu drive langsung
untuk sampai ke tempat kerja.
5. Copenhagen, Denmark: Integrative Public Transport Model
Model public transport bersepadu Copenhagen melibatkan 3
komponen; agensi, kompeni dan kerajaan.
Sistem ini memberikan kemudahan dalam pembelian tiket melalui
apps di smartphone atau SMS. Jadi pengguna dapat informasi lokasi, destinasi
dan tiket dengan mudah.
Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti dan efficiency bila
menaiki dan menukar-nukar jenis kenderaan awam berdasarkan destinasi mereka.
Kombinasi perhentian bas dan tempat parking basikal dengan
stesen metro membolehkan integrasi sempurna dengan semua jenis pengangkutan
awam di Copenhagen.
Sistem bas mereka juga menggunakan teknologi radio & GPS
yang memberikan laluan kepada bas di jalan utama; jadi masa perjalanan lebih
singkat.
Pengurangan jumlah penggunaan kereta telah menurunkan pelepasan
CO2 sebanyak 83% kerana kerajaan mereka menggalakkan orang berbasikal ke tempat
kerja dengan membina integrated cycling facilities.
6. Hangzhou, China: Public Cycling System
Bandar Hangzhou ini sebenarnya memiliki program ‘bike-sharing’
terbesar di dunia.
Ia ada;
- 67,000 basikal awam untuk digunakan
- 3,000 pusat sevis
- 230,000 pengguna servis ini dalam sehari
Kenapa ia popular?
Sebab sistem ini sangat senang untuk digunakan. Basikal boleh
disewa dengan menggunakan smart card yang sama digunakan untuk public transport
yang lain.
Penggunaan basikal sewa ini juga sangat convenient sebab orang
banyak pakai sebagai cara nak travel between kenderaan awam yang berbeza.
Naik bas. Naik basikal. Naik tren. Naik basikal. Sampai.
7. Tokyo, Japan - AI & ETC 2.0
Di Jepun, mereka menggunakan AI untuk melancarkan trafik mereka.
Jumlah trafik & pergerakan kenderaan dikumpul dari kamera yang diletakkan
di lebuh raya, persimpangan dan kawasan yang selalu berlakunya kesesakan.
Tetapi apa yang berbeza adalah data ini juga lebih tepat dengan
penggunaan alat ETC 2.0 (electronic toll collection) yang dipasang di
kenderaan. Alat ini memberi data kedudukan, kelajuan kerata & kawasan mana
yang driver banyak pakai brake.
Jadi, sebelum berlakunya traffic jam besar, pihak local
authorities boleh ambil langkah awal dengan memanjangkan tempoh lampu hijau dan
kawal kemasukan kenderaan ke kawasan sesak.
Informasi juga dihantar melalui smart apps dan juga sistem
navigasi kenderaan & bagi nasihat untuk “park & ride” kalau keadaan
trafik sangat mendesak!
Konklusi:
Masalah trafik di Malaysia ni bukan perkara baharu. Seperti
negara lain, jawapan utama kepada perkara ini adalah sistem pengangkutan awam
bersepadu yang lebih efisyen.
Penggunaan teknologi, pembinaan infra kemudahan awam yang
‘future proof’, reliability sistem kenderaan awam awam harus menjadi fokus
utama.
Warga kota masih perlukan solusi untuk kenderaan “first mile”
dan “last mile” mereka - kerana ini sebab utama kebanyakan mereka terpaksa
drive setiap hari.
The lesser they have to drive, the better.
Apa agaknya kerajaan boleh buat untuk kurangkan kesesakan lalu
lintas di ibu kota?
P/S: Gambar ini adalah gambar projek restoration Sungai
Cheonggyecheon di Korea. Dulunya area ni overpass, highway bertingkat.
Then gomen
Korea runtuhkan untuk buat sungai tengah bandar untuk enhance environment
bandar Seoul. Projek ni sangat mahal.