Ayuh Masuk Hutan Buktikan Balak Tak Dicuri
Saya mencadangkan YB Dato Hanifa Ahmad@Kerajaan Kelantan membawa
wartawan-wartawan melawat kawasan yg disyaki berlaku pencurian balak di HSK
Nenggiri seberapa segera.
Buktikan tak berlaku kecurian balak di kompartmen 25 dan
kompartmen sekitar.
Kenapa balak dan jentera disita kalau tak berlaku kecurian?
Isi-isi lain penjelasan YB Dato Hanifa seperti dilaporkan oleh
Malaysiakini hari ini, tidak mengandungi kebenaran.
Masa akan membuktikan perkara ini.
Saya akan turut serta dalam lawatan pengesahan berlaku kecurian
balak atau tidak itu nanti.
Berani kerana benar.
Telus tanda jujur.
Tidak mudah untuk silap mata rasanya dalam kes ini.
Ayuh!
Husam Musa
4 Jun 2022