ALAHAI NUSI NAIK PUN SEBAB ADA PENGKHIANAT DALAM PH DULU...TAK LAMA MANA PUN NANTI DIA PEE BUAT BENDANG BALIK LA.NU ORANG KEDAH DOK KERIAU BAB AYIAQ NU..

 


Jangan perlekeh kemampuan parti lain mahu PRU awal, Pemuda Umno beritahu Sanusi






Selaku pemimpin politik bertanggungjawab, Sanusi Md Nor perlu sedar
 bahawa demokrasi wajar dikembalikan kepada rakyat susulan huru
 hara ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, kata Pengarah
 Komunikasi Pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Unan Mashri.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sanusi Md Nor tidak sepatutnya memperlekeh kemampuan parti lain mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal memandangkan beliau menjadi menteri besar Kedah menerusi “pintu belakang”.

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Unan Mashri, berkata selaku pemimpin politik bertanggungjawab, Sanusi seharusnya sedar bahawa demokrasi wajar dikembalikan kepada rakyat.

“Sanusi dilantik ke jawatan menteri besar Kedah bukan sebab PAS menang PRU14 di Kedah. Beliau bernasib baik apabila berlaku huru-hara ketika kerajaan PH sebelum ini.

“Selain itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya pula tewas di DUN Alor Mengkudu menyebabkan Sanusi dilantik sebagai menteri besar berdasarkan hierarki parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Syed Mohd Johan berkata, ia bukan soal siapa atau parti mana yang boleh menang untuk ‘kalut’ (kelam-kabut) mengadakan pilihan raya, sebaliknya ia berkait dengan mandat rakyat yang dikhianati sebelum ini.

“Selesa sangatkah kerusi menteri besar itu yang diperoleh tanpa mandat rakyat? Empuk sangatkah kerusi itu menyebabkan Sanusi lupa pada prinsip demokrasi yang menetapkan sesebuah kerajaan ditadbir oleh pihak yang benar-benar diyakini dan diberi mandat oleh rakyat?

“Mungkin Sanusi seronok sangat jadi ‘MB pintu belakang’ hingga lupa pada tanggungjawab itu?” soalnya.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Alor Setar, menasihatkan Sanusi bahawa jawatan serta kedudukan politik yang ada bukan menjadi tiket untuk beliau lupa pada hak memilih oleh rakyat Kedah mahupun prinsip demokrasi dalam negara.

“Menafikan hak dan mandat rakyat itu akan ditanya Allah SWT di akhirat kelak. Lainlah jika Sanusi sendiri sudah kemaruk dengan kerusi empuk yang diperoleh secara percuma itu,” katanya.

Pada Rabu, Sanusi secara berseloroh mempersoalkan pihak yang sering mendesak agar PRU15 diadakan lebih awal, selain menyoal kemampuan parti mereka untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau turut mengulangi pendirian PRU15 wajar diadakan selepas tamat penggal, iaitu selepas Mei tahun hadapan.

Katanya, keputusan kerajaan negeri Kedah kekal seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk tidak membubarkan DUN sehingga tamat penggal ini.

No comments: