BALAK PERLINDUNGAN

 





Enta Gomo Balak Perlindungan?

Petang ini, kita keluar dari bangunan pejabat Kerajaan atau agensinya. Tak nak dituduh curi maklumat.

Kita masuk ke Hutan Simpan Kekal Nenggiri, khususnya KOMPARTMEN 26.

Kita lihat apa terjadi di sana.

Batang balak jenis MERBAU bersaiz besar bertimbun-timbun tunggu diangkut. Beberapa timbunan balak di metau Daulah Najah.

Daulah Najah Sdn Bhd adalah anak syarikat milik PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN.

Dua ahli politik yg didaftarkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat ini ialah YB DATO HANIPA DAN YB DATO AZAMI.

Tidak ada yg salah dengan anak syarikat kerajaan negeri mendapat konsensi balak.

Apa yg mungkin salah atau memalukan ialah - bagaimana KOMPARTMEN 26 yang DIGAZETKAN sebagai HUTAN DARA PERLINDUNGAN atau VIRGIN JUNGLE RESERVE (VJR) yang sepatutnya SANGAT DILINDUNGI - DILULUSKAN kepada syarikat ini.

Jawatankuasa Balak di pengerusikan oleh MB sendiri sanggup luluskan hutan dara perlindungan untuk dibalak?

Anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri sanggup membalak di kawasan perlindungan?

Habis, siapa nak jaga Negeri ini?

Nikmati dulu foto papan tanda di metau yg dirakam sekitar jam 5 petang ini - 1 Jun 2022 - yg menunjukkan dengan jelas nama Daulah Najah.

Foto di bawah ini juga menunjukkan kompartmen 26 tersebut.

Dek kerana kompartmen ini di bawah hutan perlindungan, tentulah balaknya besar-besar dan sangat berharga. Merbau, bang.

Info lain InsyaAllah akan menyusul untuk hari esok dan seterusnya.

Terima kasih Ana Gomo - yg memberikan info ini. Terima kasih sukarelawan Save  KELANTAN.





No comments: