RASANYA PH PUN TAK PERLUKAN WARISAN..SEBAB WARISAN UNTUK SABAHAN. ITU KATA PREIDENNYA. . JADI ELOK LAH JIKA PH DAN UPKO NAK LAWAN MANA MANA KAWASAN DI SABAH.

 



Warisan jauhkan diri daripada PH, dakwa pemimpin DAP Sabah







Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata pintu PH masih terbuka dan mereka bersedia untuk menerima Warisan jika parti itu ingin kembali bekerjasama.

PETALING JAYA: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Warisan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin sukar kerana parti itu dilihat semakin menjauhkan diri.

Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata bukan PH negeri tidak mahu bekerjasama tapi kenyataan dibuat pemimpin Warisan sebelum ini jelas menunjukkan mereka menolak gabungan itu.

“Mereka (Warisan) yang menjauhkan diri daripada kita, bukan PH yang menjauhkan diri daripada mereka.

“Apabila ini berlaku maka, kami perkukuhkan pakatan kami seperti mereka selalu cakap, mereka mahu perkukuhkan parti sendiri. Kata kunci di sini adalah mereka yang dilihat menjauhkan diri daripada PH,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kemungkinan kerjasama PH Sabah bersama Warisan.

ADUN Luyang itu berkata, pintu PH masih terbuka dan mereka bersedia untuk menerima Warisan jika parti itu ingin kembali bekerjasama dengan PH negeri.

“Warisan boleh kembali pada bila-bila masa biarpun mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diterima namun, pintu PH Sabah masih terbuka,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Upko, Ewon Benedick, senada dengan Jin Zhe yang menyatakan semakin sukar bekerjasama dengan Warisan susulan kritikan dilemparkan parti berkenaan terhadap PH susulan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani.

“Kerjasama ini semakin sukar kerana kenyataan dibuat dan saya khuatir kerana yang memerlukan sokongan ini, Warisan juga perlukan sokongan Upko, PKR dan DAP.

“Malah, dalam beberapa kawasan mereka bertanding dan mempunyai ahli Parlimen sekarang, sukar untuk mereka pertahankan kerusi itu.

“Pada saya mungkin kenyataan-kenyataan mereka (Warisan) akan menyebabkan mereka kehilangan kawasan mahupun kerusi dimenangi pada PRU lepas,” katanya.


No comments: