ELOK LA..KERJASAMA DENGAN NGO, MOGA BERJAYA JADI PM KALI KE 3-JNGAN SALAHKAN ANWAR LAGI

 

Pejuang kerjasama dengan NGO hadapi PRU15, kata Dr M




Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, berkata agenda utama ketika
 ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar partinya, selain enggan
 membincangkan soal kerjasama dengan parti politik. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Pejuang akan bekerjasama dengan hampir 100 badan bukan kerajaan yang turut merangkumi badan profesional dalam berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia pembabitan pihak berkecuali itu termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.

“Kita akan bekerjasama kerana mereka juga berhak mengundi, sebenarnya kalau Umno pun kalau bergantung kepada ahli Umno sahaja, mereka tak boleh menang. Umno menang kerana orang ramai sokong. Kita pun macam itu juga, kita nak beritahu pada orang ramai apa dia Pejuang.

“Kalau mereka, mempunyai pendirian yang sama dengan Pejuang, kita boleh kerjasama dengan mereka. Pertamanya, kita nak hapuskan budaya rasuah ini, kebanyakan daripada mereka macam di Johor baru-baru ini, kita cuba nak tarik sokongan kepada Pejuang, mereka tanya, berapa Pejuang nak bagi. Ini kerana parti lain konon bagi RM200 pada pengundi.

“Kita tak bagi duit, kita kalau berjuang nak dapat sokongan bukan kerana duit,” katanya menurut laporan Awani.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas merasmikan Pemukiman Pejuang Melaka, di sebuah hotel, di Ayer Keroh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mengakui parti itu tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun, Mahathir berkata, ini bukan masa sesuai untuk membincangkan soal kerjasama dengan mana-mana parti politik, sebaliknya agenda utama parti ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar parti, selain tumpuan kepada masalah dihadapi masyarakat Melayu.

Katanya, ini kerana masyarakat juga kecewa dengan kelakuan sesetengah ahli politik yang jelas tidak lagi berjuang untuk bangsa, sebaliknya merebut jawatan tertinggi di dalam parti mahupun kerajaan.


No comments: