HARAP UMNO JANGAN AMBIL KAKI FITNAH INI SEBAGAI CALON.

 



Tiada lagi alasan PRU15 tidak diadakan selepas MoU tamat, kata Asyraf






Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno secara
 konsisten berpendirian bahawa segala polemik politik perlu dihentikan
 dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

PETALING JAYA: Tiada lagi alasan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak diadakan dalam masa terdekat kerana memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang akan berakhir selepas Julai ini, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, PRU15 perlu diadakan bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat kerana pandemik Covid-19 kini juga telah berakhir.

“Selagi mandat baharu tidak diperolehi, selagi itulah kerajaan yang terbentuk atas kerjasama longgar parti-parti politik dan ihsan pembangkang tidak akan mampu mencapai kestabilan dan menjamin kesejahteraan rakyat dari segi ekonomi, pentadbiran, kebajikan dan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asyraf berkata, Umno secara konsisten berpendirian bahawa segala polemik politik perlu dihentikan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

Katanya, ketidakstabilan politik di negara ini berterusan selepas berlakunya tiga kali perubahan kerajaan.

“Sebaliknya Umno konsisten sejak kejatuhan Kerajaan PH 22 bulan lalu apabila Tun Mahathir (Mohamad) yang berterusan ditekan oleh Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Feb 2020,” katanya.

Asyraf turut menyenarai beberapa kronologi pendirian Umno sejak Feb 2020 sehingga kini.

Katanya, ketika itu BN dan PAS selepas itu bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas menerima nasihat Presiden PAS Hadi Awang bahawa lebih baik masuk sebagai kerajaan dahulu untuk sementara waktu bagi menghadapi pilihan raya.

“Menurut presiden PAS, rasionalnya lebih mudah untuk hadapi PRU sebagai kerajaan berbanding pengalaman panjang PAS sebagai pembangkang.

“Lima hari selepas kerajaan baharu terbentuk, mesyuarat jawatankuasa induk perundingan Umno dan PAS telah membuat ketetapan bahawa keberadaan dalam kerajaan hanya untuk sementara, paling lama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, pada 27 Ogos tahun lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara menyokong penuh Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan menggesa untuk diserahkan mandat semula kepada rakyat bagi PRU15 diadakan setelah ‘Herd Immunity’ dari segi vaksinasi dicapai.

“Datuk Seri Ismail menegaskan dalam mesyuarat, kelebihan sebagai PM (perdana menteri), beliau kini mempunyai ‘kunci’ untuk menentukan bila waktu sesuai untuk pembubaran Parlimen dan pastinya bila kunci hendak digunakan akan dirujuk kepada presiden dan MKT.

“Pandemik Covid-19 secara rasmi berakhir pada 1 Mei apabila kerajaan mengumumkan negara memasuki fasa endemik dan rakyat sudah mencapai imunisasi berkelompok, tiada lagi alasan untuk menangguhkan PRU15,” katanya.

No comments: