Cabaran Golongan Penternak Ayam
Keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh golongan penternak dan
pengeluar bekalan ayam semenjak kebelakangan ini. Antara enam (6) cabaran utama
yang dinyatakan oleh golongan tersebut adalah;
1. Subsidi ayam bakal dihapuskan kepada golongan penternak mulai
1 Julai 2022.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Golongan penternak berhadapan
dengan krisis yang pelbagai. Apabila subsidi dihapuskan, bukan golongan
penternak sahaja menerima kesan bahkan pengguna juga akan berhadapan dengan
kenaikan harga ayam. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menghapuskan
subsidi kepada penternak. Saya harap kerajaan mempertimbangkan balik keputusan
ini berhadapan dengan cabaran inflasi.
2. Harga siling ayam
Apabila harga siling dinaikkan oleh kerajaan, perubahan kos
pengoperasian dan pengeluaran terpaksa ditanggung oleh para penternak.
3. Kenaikan harga bahan mentah
Peningkatan pada harga dedak yang disebabkan oleh bahan buatan
utamanya seperti jagung bijirin dan soya, akibat daripada krisis rantaian
bekalan peringkat global.
4. Kenaikan harga anak ayam
Golongan penternak berhadapan dengan kerugian apabila harga anak
ayam meningkat 75%.
5. Masalah kekurangan tenaga kerja
Stigma masyarakat terhadap pekerjaan di 'reban ayam' merupakan
antara faktor kekurangan tenaga pekerja. Justeru, Malaysia banyak bergantung
pada pekerja asing namun kebanyakan dari mereka sudah pulang ke negara asal
sejak sempadan mula dibuka.
6. Peningkatan kos upah buruh
Apabila had gaji minima dinaikkan kepada RM1,500, ada juga
perusahaan kecil yang mengalami sedikit kesukaran untuk menanggung kenaikan kos
kepada pekerja, termasuklah golongan penternak dan petani lainnya.
YB DS Salahuddin Ayub
Timb Presiden AMANAH