Oleh Norman Radzuan
Jika 31 MP UMNO itu disingkir keahliannya impaknya hanya 10% kpd
parti. UMNO akn terus gah tapi yg pastinya 31 MP tersebut akn hilang Parlimen
dan sekaligus hilang jawatan Menteri atau GLC mereka selepas PRU15.
Ini kerana kekuatan UMNO grassroots mereka yg sukar ditandingi
oleh mana2 parti kerana ia sudah terbina 60 tahun lamanya.
Nazri Aziz, Ismail Sabri, Annuar Musa, Shahidan Kassim dan lain2
tiada kekuatan atau aura langsung seperti DS Anwar. Mereka jgnkan kata mampu
menubuhkan parti, malah utk menang bertanding MP atas tiket Bersatu pun mereka
akn tewas.
Sb apa mereka tiada aura? Sebab penyokong mereka bukan dari
kalangan mereka yg ingin melawan kleptopkrasi tetapi mereka yg mahu kleptokrasi
itu berleluasa. Penyokong mereka hanya mahu laba politik... ia berbeza dgn PKR
dahulu ia adalah parti air mata yg didokong oleh rakyat bawahan.
Sejarah juga telah buktikan perpecahan antara team Mahathir dan
Ku Li. UMNO tetap gah dan S46 akhirnya berkubur. Jadi UMNO tidak perlu gundah
utk menyingkirkan MP yg dianggap curang kpd parti. Ia perlu dilakukan segera
sebelum parti itu dihijack dan Presiden digulingkan bersama Timbalannya.
Muhyiddin disokong ketika ini bukan kerana Bersatu itu
hebat
tapi kerana dia PM yg berkuasa.Tanpa UMNO, Bersatu tidak akn
menang walau satu kerusi Parlimen pada PRU15 nanti. Disebabkan itu ROS seperti
dipergunakan utk 'dihijack' dgn apa cara sekalipun. UMNO diperlukan oleh
Muhyiddin dan 31 MP BN masakini dan utk PRU15 nanti.