Aliran teguh bersetiakawan bersama Sarajun Hoda

 

SARAJUN HODA ADALAH AHLI  DAN BEKAS EXCO ALIRAN



Aliran kecewa dengan tindakan undang-undang yang diambil ke atas bekas ahli jawatankuasa eksekutif kami, Sarajun Hoda Abdul Hassan, yang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan pengerusi Bersih.

Kami mengambil serius perkara ini melibatkan penyiaran kandungan Facebook oleh Sarajun pada tengah malam pada 26 April dan kemudiannya diturunkan pada keesokan paginya, ketika rakyat Malaysia sedang fokus akan beberapa perkara sejak beberapa hari yang lalu.

Antaranya beberapa peristiwa melibatkan hartal doktor kontrak, perhimpunan protes #Lawan digerakkan anak muda di Kuala Lumpur serta penggunaan kuasa melampau polis menutup jalanraya ke Parlimen – di atas arahan pemimpin Perikatan Nasional – sekaligus menghalang 107 Ahli Parlimen dari menjalankan tanggungjawab sebagai wakil yang diundi rakyat.

Juga berikutan tindakan kurang berkesan pentadbiran PN di dalam membendung Covid yang sekaligus mengakibatkan bilangan kematian meningkat serta kes positif yang menaik.

Jika pun status Facebook dibuat Sarajun boleh dikira kasar, beliau kemudian memadamnya dalam beberapa jam. Dapat dibayangkan hanya segelintir orang yang dapat melihat hantarannya yang asal. Sebenarnya, apa yang kemudiannya disebarkan adalah komen seseorang tentang hantaran Sarajun dan ia disalah tanggap kepada yang lain, mengakibatkan hantaran ini kemudiannya dilaporkan kepada polis.

Tidak dapat disangkal, tindakan undang-undang terhadap Sarajun Hoda, seperti penahanan aktivis lainnya sekarang, adalah percubaan untuk mengalihkan perhatian dari kegagalan pemimpin PN, proses parlimen yang dipinda sesuka hati serta pergulatan besar yang dilakukan mereka.

Ingatan kami bersama dengan Sarajun ketika tempoh yang mencabar ini. Kami merasakan tindakan perundangan ini adalah pencabulan kepada keadilan. Tiada keperluan untuk Sarajun digari selama enam jam ketika dalam tahanan. Apatah lagi meminta beliau untuk menyerahkan pasport dan melaporkan pada pihak berkuasa setiap bulan untuk enam bulan seterusnya.

Sarajun ke Taiping sendiri bagi mendengar perbicaraan seperti yang diminta. Apatah lagi, beliau hanya berkongsi komen di dalam Facebooknya sendiri, yang kemudiannya dipadam dalam masa beberapa jam.

Aliran bersetiakwan bersama Sarajun. Kami pasti Sarajun tidak akan membiarkan layanan sebegini membungkam semangatnya yang bergelora bagi memperjuang keadilan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Ogos 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

No comments: