PEMIMPIN UMNO BARU KENAL PERANGAI LEBAI...CUBA TANYA PIMPINAN PH KENAL LEBIH DEKAT DENGAN SIKAP HADI...KAH..KAH

 


Terkini! Pemimpin Umno hairan dengan sikap Pas, lupa diri, lupa kawan

Pemimpin Umno hairan dengan sikap Pas, lupa diri, lupa kawan

Kalangan pemimpin Umno berkata PAS harus muhasabah dan menilai perlakuan sendiri sebelum menuduh Umno sebagai punca penyatuan ummah terjejas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zakarshi berkata tiada sebab untuk PAS dukacita dengan keputusan Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memandangkan PN tiada “kejujuran politik”.

“Agenda penyatuan ummah sebenarnya tidak terjejas dengan keputusan Umno itu.

“Ketiadaan kejujuran politik adalah puncanya. Bukan itu sahaja apabila tidak ada lagi musyawarah maka ia melemahkan lagi usaha membina penyatuan ummah yang memberi cahaya meyakinkan di peringkat awal penubuhannya,” katanya .

Semalam, PAS menghentam tindakan Umno mengarahkan Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan menyifatkan pendirian itu tidak selari dengan agenda penyatuan ummah Muafakat Nasional yang diasaskan Umno dan PAS tahun lalu.
Bagaimanapun selepas penubuhan MN, PAS menyertai Perikatan Nasional dan kini adalah sekutu utama kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah yang diambil Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai “mendukacitakan”.

Bagaimanapun Puad berkata pimpinan PAS harus akur mereka sendiri mengabaikan MN apabila menyertai PN yang terlampau berpolitik, tanpa sebarang perbincangan dengan Umno.

Menurut beliau, tindakan PAS itu membawa kepada “MN hilang keupayaan” menggembleng penyatuan ummah.

Katanya, Umno juga hairan bagaimana PAS lebih selesa bersama PN yang “sarat dengan politiking,” berbanding dengan agenda jelas ke arah penyatuan ummah MN.

“Mungkin PAS selesa (dalam PN) kerana musuh politik mereka Amanah tidak ada dalam itu. Justeru mereka tidak rasa terancam.

Puas juga berkata PAS turut mempamerkan ia tidak sehaluan dengan Umno dalam isu seperti “proklamasi darurat, memandulkan Parlimen, pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan cara memerangi Covid-19 yang tidak konsisten.”

Beliau berkata PAS lebih cenderung mempertahankan dasar PN yang tidak popular kepada rakyat dan tetap bersama gabungan itu walaupun menyedari ia bukan gagasan kukuh untuk menjayakan agenda penyatuan Ummah.

Selasa lalu, Zahid mengarahkan semua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan bukan sahaja terhadap Muhyiddin, malah kerajaan PN pimpinannya yang dibentuk Mac tahun lalu.

Zahid kata Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Parlimen dan harus berundur. Bagaimanapun Muhyiddin mendakwa masih mempunyai sokongan itu dan akan membuktikannya menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat bulan depan.

Setakat ini sekurang-kurang 14 Ahli Parlimen Umno membuat keputusan untuk patuh kepada pendirian pimpinan parti itu namun beberapa wakil rakyat lain, termasuk mereka yang memegang jawatan kerajaan belum berbuat demikian.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata partinya menarik balik sokongan kepada PN dan Muhyiddin kerana kerajaan nyata gagal dan ramai rakyat mati kerana Covid-19.

Katanya, di samping itu, rakyat juga ramai hidup tidak menentu masa ini, syarikat gulung tikar dan rakyat terkurung tiada kebebasan.

“Apa kita perlu sekarang kerajaan yang boleh berfungsi secara berkesan dengan pemimpin yang boleh menjayakan demokrasi dan mengatasi cabaran negara,” katanya.


No comments: