YANG DIPERTUAN AGONG BOLEH DEDAH SENARAI MP YANG SOKONG MAHIADDIN


MOHD SAYUTI OMAR


Pembangkang tidak berpuas hati dengan penerimaan Yang di-Pertuan Agong terhadap dakwaan Mahiaddin yang perdana menteri itu masih mempunyai sokongan mencukupi.

Dalam perutusan khas tengah hari tadi Mahiaddin mengatakan beliau masih mendapat sokongan majoriti dan perkara itu telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dengan menerima oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap dakwaanya itu menyebabkan beliau tidak meletak jawatan dan kekal sebagai perdana menteri.

Beberapa jam selepas Mahiaddin membuat perutusan menjelaskan perkara itu, pembangkang mempersoalkan angka yang diberikan Mahiaddin kerana sebelum ini mereka yakin bahawa sokongan kepada Mahiaddin sudah tidak mencukupi lagi.

Pembangkang juga meperakui yang pendirian mereka masih kekal menolak Mahiaddin, ertinya tidak ada mana-mana kelompok dari pembankang yang pusing atau berpaling tadah menyokong Mahiaddin.

Dalam pada itu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan menegaskan dengan penuh yakin bahawa Mahiaddin sudah tidak mencukup majoriti lagi, apabila lapan  ahli parlimen Umno menarik balik sokongan seperti diumumkan semalam.

Menurut Zahid hari ini beliau menghantar beberapa nama lagi ahli parlimen Umno yang menarik sokongan sebagai tambahan.

Dalam perkiraan dibuat berdasarkan pengakuan Zahid dan jumlah dimiliki pembangkang terdapat 117 ahli parlimen menolak Mahiaddin dan kerajaan PN berbanding dengan 103 yang menyokong Mahiaddin. Jumlah semua adalah 220.

Perkara ini sedang menjadi polemik dalam kalangan umum dan mengelirukan. Justeru adalah baik kalau yang di-Pertuan Agong mengambil kebijaksanaan mendedah nama-nama yang dipersembahan oleh Mahiaddin yang didakwa menyokongnya itu.

Pendedahan nama-nama ahli parlimen itu dikira terbaik, dan juga bagi mengelakkan Yang di-Pertuan Agong terpedaya dengan fakta yang tidak benar dan disalah anggap oleh rakyat. Trims.

 

No comments: