MAIN-MAIN LA DENGAN RAKYAT. KALAU NAK LOYAR BUROK PUN PATUT PATUT LA...PEMBOHONG KUAT.

 

Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah


Abd Hadi Che Awang
Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah
Menurut Muhammad Sanusi Md Nor, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini. - Gambar fail
SINTOK: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.
Menurut beliau, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini,,
“Namun telah ditularkan di luar konteks sebenar berkaitan apa maksud sebenar yang ingin disampaikannya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Sabtu.
Susulan penularan video berkenaan, Sanusi mengakui, telah menerima pelbagai maklum balas susulan isu berkenaan termasuk mesej-mesej yang mencela dirinya.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, semua itu asam garam seorang pemimpin politik terutama ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
Mayat COVID-19 | Menteri Besar Kedah mohon maaf
"PC (sidang media) semalam yang 'top'nya (difokuskan adalah) tentang gurauan itu sahaja, (ia sebenarnya) di luar konteks yang sebenar, oleh kerana ada pihak yang tersinggung (dan) terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf, kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu,
"Saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah jadi sebahagian daripada keluarga saya, depa (mereka) tahu saya punya karakter (sebenar).
“Oleh kerana masuk dalam kamera (gurauan itu), nasib saya, (selepas itu) ramai yang menghantar mesej mencela, tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang," kata Sanusi.
Pada Jumaat, tular di media sosial, sedutan video kenyataan kontroversi Sanusi yang menyebut: "Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”
Guruan Sanusi itu menyebabkan beliau menjadi sasaran kritikan pemimpin pembangkang selain netizen yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak sensitif dengan perkembangan penularan COVID-19.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mendedahkan bahawa gambar kenderaan Ford Ranger Raptor yang tular baru-baru ini, adalah milik seorang kenalannya yang kemudian ditawar kepadanya untuk disewa.
Jelasnya, selepas kejadian beliau dilihat hadir di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, Jun lalu, kenalan terbabit berpandangan ada keperluan membeli kenderaan pacuan empat roda itu terutama bagi kerja-kerja membantu penduduk sekitar.

No comments: