KUALA
LUMPUR – Aktivis dan dermawan terkenal, Datuk Seri R Jeyendran terkejut, kecewa
dengan Menteri Besar Kedah yang masih boleh berseloroh dan ketawa dalam membuat
kenyataan mengenai kontena jenazah.
Jeyendran yang juga pengasas
dan pemilik syarikat perkapalan Maritime Networks Sdn Bhd berkata, hatinya
terguris dengan cara pemimpin Pas itu menangani keadaan Covid-19 terutamanya
kematian akibat pandemik itu di negeri tersebut.
Menurutnya, ketika negara ‘diserang’
Covid-19, masih ada individu yang sanggup berjenaka dengan kematian
mangsa-mangsa virus itu.
”Saya
terkejut, pelik, kecewa dan terlampau sedih apabila seorang pemimpin yang
diamanahkan untuk menjaga sebuah negeri sanggup ‘berjenaka.
”Maafkan saya wahai Menteri Besar jika teguran
saya ini tidak begitu menyenangkan anda tetapi sedarkah anda apakah perasaan
rakyat apabila seseorang yang kami anggap akan menjaga kebajikan dan hal ehwal
mengeluarkan kenyataan seperti itu?
“Kematian
berkaitan dengan Covid-19 ini bukan sesuatu yang main-main tuan. Bayangkan
perasaan keluarga yang tiba-tiba hilang insan tersayang mereka dengan sekelip
mata, ada yang jadi yatim piatu. Penderitaan dan tanggungan ini sungguh
menyakitkan jiwa dan perasaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Maritime Networks menyumbangkan empat kontena untuk dijadikan
simpanan mayat pesakit Covid-19.
Jeyandran yang sendiri turun padang untuk mengagihkan
kontena-kontena berkata, hatinya
meruntun apabila kali pertama dibawa ke lokasi sebuah hospital, yang mana ada
jenazah terpaksa diletakkan di atas lantai.
“Kerana
itu juga tanpa fikir banyak tentang perbelanjaan Maritime Networks
menyumbang kontena. Kami
memberikan sumbangan kontena untuk beri penghormatan terakhir kepada mangsa,
kepada yang meninggalkan kita.
“Jadi
untuk berlawak jenaka dan merasakan kematian itu sesuatu yang lucu adalah
sesuatu yang tidak patut langsung.
“Menteri
Besar Kedah perlu lebih berhati-hati dan patut ada sifat empati pada masa
depan,” katanya.
MARITIME NETWORK SUMBANG DUA KONTENA SIMPAN
JENAZAH PESAKIT COVID-19
Muhammad Sanusi dalam
kenyataannya semalam dilaporkan berkata, kontena jenazah mencukupi dan sesiapa
hendak masuk bagi nama.
Kenyataan
dalam nada berseloroh itu mendapat kecaman para netizen yang menyifatkan
sebagai pemimpin tidak sensitif dengan kesedihan rakyat.
Nasihat
Jeyendran lagi, ada baiknya untuk Muhammad Sanusi melakukan lawatan sendiri ke
hospital-hospital yang terkesan dengan Covid-19 kerana ada hospital yang
memohon bantuan kontena untuk menempatkan jenazah.
“Memang
kes positif Covid-19 meningkat begitu juga kematian sehingga ada pihak hospital
yang mohon bantuan kontena. Jika cukup, tidak mungkin mereka tampil mohon
bantuan.
“Saya
bukan cakap begitu sahaja sebaliknya anda boleh lihat sendiri dalam laporan
media malah masih ada lagi pendedahan hospital di Kedah perlukan sumbangan.
”Beberapa
hari lepas, syarikat saya melalui Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh telah
menyampaikan satu kontena sejuk beku ke Hospital Kulim.
“Mohon sangat-sangat kepada
Menteri Besar dan pihak berwajib untuk lihat situasi itu. Keadaan pandemik ini
sememangnya sungguh mencabar semua, mohon lebih ramai tampil membantu selagi
yang anda mampu.
“Lagi
ramai tampil lagi banyak kita dapat bantu dan kurangkan bebanan yang sedang
ditanggung oleh rakyat kita sendiri, ini bukan soal kaum mahupun latar
belakang. Kita semua rakyat Malaysia, susah senang kita tempuhi sama-sama,”
ujarnya. -MalaysiaGazette
SANUSI BIADAB, TIDAK SENSITIF RAKYAT
KEHILANGAN AHLI KELUARGA
HOSPITAL KULIM DAPAT
SUMBANGAN KONTENA SIMPAN MAYAT PESAKIT COVID-19
walaupun dengan
kata-kata atau emosi.
Hanya
mereka yang mengalaminya tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang,
ujarnya.