Ingatkan bila parti islam memerintah negeri atau berada dalam kerajaan pusat, kalaupun telah melupakan hudud atau RUU 355, paling tidak dapat kurangkan sedikit beberapa amalan mengarut yang menjadi budaya umat Islam.
Nampaknya, parti Islam lebih teruk dari Umno. Umno pun tidak teringin nak buang duit buat program tidak berfaedah dan tidak langsung menggambarkan syiar Islam seperti itu. Lepas ni buatlah pertandingan rumah siapa paling cantik dihiasi lampu kelap kelip atau pertandingan bunga api dan bunyi mercun paling kuat.
Bulan ramadhan orang sibuk mendepani Covid, mereka sibuk nak bertanding Pasang pelita. Sepatutnya amalan ini cuba dihapuskan sedikit demi sedikit agar jenerasi akan datang tidak anggap ianya satu dari amalan agama menjelang syawal. Malangnya, parti Islam pula yang cuba promosi lagi. Kaum cina pun tidak anjur pertandingan lampu tanglung.
Itulah jadinya bila pemimpin jahil memimpin yang tiada langsung idea yang boleh bangunkan umat dan negeri. Salahkan diri masing2 kerana memilih mereka jadi pemimpin. Pemimpin bodoh dipilih oleh pengundi bangang.
WFAUZDIN NS