Penduduk guna air bukit, kerajaan perlu beri peruntukan paip rumah ke rumah - ADUN Senggarang

 



ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membina rangkaian paip rumah ke rumah di beberapa buah kampung.


Hal itu ditimbulkan beliau ketika meninjau nasib penduduk kampung di DUN Senggarang yang terpaksa menggunakan air bukit kerana tiada bekalan air bersih ke rumah mereka.


"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan sebahagian peruntukan untuk membina paip saluran air di seluruh tempat di negeri Johor dengan sempurna



"Masalah ini bukan sahaja berlaku di tempat saya sahaja di Senggarang tetapi berlaku di seluruh negeri Johor


"Masalah ini bukan di bawah tanggungjawab SAJ Ranhill (syarikat air negeri) tetapi tanggungjawab KPLB.


"Jika KPLB boleh membina jalan dan lorong di kawasan pendalaman, kenapa tidak boleh mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membina fasiliti paip air rangkaian bagi kegunaan penduduk di luar bandar," katanya dipetik.


No comments: