2 YB CINA BAGI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BUKIT TEH DAN MACHANG BUBUK.- YANG BUSUK PERUT JANGAN PULAK KECAM.


 May be an image of one or more people, people standing and indoor


LEE KHAI LOON


Hati amat sedih apabila saya bersama YB Steven Sim Chee Keong 沈志 turun melawat mangsa banjir di Kg Machang Bubok dan Kg Bukit Teh sehingga jam 1 pagi.

Kami telah sediakan 200 burger, 400 pek nasi goreng dan mee goreng untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir. Terima kasih kepada bomba, polis, JKM, Pejabat Daerah Tanah SPT, MPKK dan sukarelawan yang turun untuk membantu serta mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.

Musibah banjir merupakan ujian kepada kita semua. Namun kerajaan sendiri perlu memberikan perhatian serius serta mengambil langkah pencegahan yang berkesan. Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan PH telah memperuntukkan RM10 juta untuk membuat kajian tebatan banjir di kawasan Machang Bubok dan Kulim Bandar Baharu di sebelah Kedah. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek ini agar masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dapat ditangani dengan baik.

Semoga semua keluarga yang terkesan tabah berdepan dengan ujian musibah banjir ini.






No comments: