SEMBANG LEBAI : Panas! Senator PAS takutkan DAP macam jumpa hantu- ini semasa jadi pemerintah, masa jadi pembangkang dia puji DAP melambung mai kita tengok video 



Pas yakin UMNO tidak mudah untuk bekerjasama dengan DAP walaupun Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke mendakwa parti itu bersedia untuk bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, ahli UMNO terkenal sebagai anti DAP dan sudah pasti tidak akan menerima pelawaan tersebut.

“Pas sudah ada pengalaman, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ada pengalaman, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah ada pengalaman dengan DAP.

“DAP akan buat apa sahaja demi untuk perintah Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan Loke bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15.

Sementara itu, Idris berkata, DAP mengetahui parti mereka akan mendapat sokongan kukuh daripada bukan Melayu terutama pengundi Cina pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, katanya, untuk DAP mendapat undi orang Melayu adalah sukar dan parti itu mencari jalan supaya boleh memecahkan undi berkenaan sekiranya mahu berkuasa di Putrajaya.

“DAP tahu kalau Melayu berpecah, peluang untuk berkuasa semula di Putrajaya cerah. Kalau Melayu bersatu, harapan mereka untuk kembali berkuasa tidak boleh sama sekali.

“Oleh itu DAP meletakkan Pas musuh nombor satu sebab kita berusaha untuk menyatukan orang Islam Melayu. Secara tidak langsung akan menyekat DAP dan Pakatan Harapan (PH) berkuasa di Putrajaya,” katanya.

Tambah Idris, impian DAP untuk mendidik Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pas masih tidak berjaya.

“Maka cubaan memancing UMNO untuk bersama dengan DAP cuba dilakukan. Tapi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru berlangsung menolak sebulat suara kerjasama dengan DAP.

“22 bulan mimpi ngeri rakyat Malaysia, semoga tidak berulang,” katanya.


No comments: