INI BARU BETUL CARANYA.....HARAP PAK LEBAI....LOKMAN ADAM MAKI BERKARUNG ...KAH...

 

HAMDAN TAHA

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau di Perak supaya mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas menunaikan solat Jumaat minggu ini.

Ia bagi memohon ke hadrat Allah agar memberikan perlindungan dan keselamatan daripada ancaman wabak COVID-19.

Dalam masa yang sama, baginda menasihatkan rakyat agar dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu semasa melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Baginda turut menasihatkan rakyat supaya menjauhkan diri berkunjung ke tempat yang terdapat perhimpunan yang ramai, dan mematuhi prosedur operasi menurut yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM.

Baginda menzahirkan titah agar rakyat memohon sebaik-baik dan sebesar-besar pertolongan daripada Allah SWT.

Jabatan Agama Islam Perak

Ini baru betul caranya...

!

No comments: