KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
18 Mac 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat berkala hari ini, dan membincangkan beberapa perkara seperti berikut:
1. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan hadir ke taklimat berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari Isnin, 22hb Mac 2021.
2. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen pada hari Isnin, 22hb Mac 2021. Pertemuan ini akan menyaksikan pembentangan serta perbincangan berkenaan isu vaksin, ekonomi, isu-isu semasa serta menegaskan bahawasanya Parlimen boleh dan perlu bersidang tatkala Darurat berkuatkuasa.
3. Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama wakil-wakil kedutaan asing pada 24hb Mac 2021.
4. Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan pelantikan YB Chong Eng sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)


May be an image of 4 people, people standing and people sitting










No comments: