2,000 BOLEH MASUK STADIUM, 222 TETAP TAK BOLEH MASUK PARLIMEN….

 


Penonton bola sepak kini dibenarkan masuk stadium berkuat kuasa 1 April.

Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan PKPB manakala bagi kawasan PKPP pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton.

Anggota Dewan Rakyat cuma 222 orang sahaja. Tapi masih tidak boleh masuk Parlimen. Nampaknya Parlimen kekal zon paling tinggi risiko Covid-19 di Malaysia.

Perdana Menteri ke 8 macam tidak merancang rapi dalam mengurus “peraturan” untuk memerangi COVID-19. Kerap U-turn. Contoh terbaik ialah kompoun RM10K.

Setelah dikritik hebat, sekarang Kerajaan PN kata itu semua salah faham dan boleh minta diskaun sampai 50 peratus. Kerajaan terpaksa buat pindaan terhadap ordinan kompoun itu.

Sebab itu Parlimen wajib bersidang supaya ada semak dan imbang.

Rakyat semakin sangsi kemampuan kerajaan PN memulihkan ekonomi dan melaksanakan undang undang dengan saksama.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.




No comments: