KAH.....APA GUNA JADI KERAJAAN?

 

May be an image of 1 person and text that says "KALAU HANYA MAMPU RAYU PERTAHANKAN KALIMAH PERTAHANKKLHLL ALLAH malaysiakini ANWAR BRAHIM RUNT FHNe ALLAN BERITA KAMI Mukhrzazim malaysiakini KERANA ALLAH Merayu kepada kerajaan bukan lagi tugas tugas Umno dan PAS Pembela Shakira Buang APA GUNA JADI KERAJAAN?"


Sepatutnya Umno dan PAS tidak perlu membuat rayuan atau gesaan kepada kerajaan agar penghakiman penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Rayuan, kata Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Hal itu kerana, kata Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata kedua-dua parti terbabit menyertai kerajaan Perikatan Nasional, justeru apa yang perlu dilakukan ialah bertindak segera.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, jadi sepatutnya mereka terus ambil tindakan, tak payah nak suruh-suruh lagi.

“Menteri agama orang dia (kerajaan) dan banyak menteri-menteri (lain juga wakil PAS dan Umno). Jadi mereka sepatutnya dengan segera (mengambil tindakan), tak perlu merayu-rayu lagi," katanya.

Menurut Aminuddin pihak yang sepatutnya membuat rayuan ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pembela sebaliknya Umno dan PAS patut mengambil tindakan secepat mungkin.

 




No comments: