Oleh Zamzani Husin
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berkali-kali menegaskan bahawa RM205.49 juta wang Tabung Harapan telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019.
Malah perkara ini turut disahkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada Ogos tahun lalu.
Pun begitu, status Tabung Harapan masih terus dipolitikkan pemimpin kerajaan dan penyokongnya.
Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan “Apa khabar Tabung Harapan ya?” menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter.
Ia mengundang kecaman warganet yang berkongsi semula rakaman penjelasan Zafrul di Parlimen berhubung Tabung Harapan.
Nie Dr saya tlg up video jwpn @tzafrul_aziz di Parlimen pasal Tabung Harapan. Aku harap PRU dpn org Pasir Puteh bgi la chance pulak kt Dr Asyraf Wajdi jdi YB, kesian kt dia byk isu kt Parlimen dia “terlepas” sbb lama tak masuk Parlimen… pic.twitter.com/fVXABhb17a
— PKP – Pipit Kena Picit (@ibnu_sukri95) January 26, 2021
Terdapat juga pengguna Twitter yang mempersoalkan kredibiliti Ketua Pemuda UMNO itu susulan ciapan tersebut.
Aku kalau orang umno macai ni aku blh terima lg.. ni pemuda umno.. ko ni memalukan betul lah wei.. berapa kali nk suh Menteri kewangan ulang.. malu la sikit dgn macai umno lain pic.twitter.com/MTWVmlkG8v
— ♠ Bara Mahesa ♠ (@AzizulAjis5) January 26, 2021
Untuk rekod, kerajaan PH mewujudkan Tabung Harapan bagi membolehkan orang ramai menujukkan semangat patriotik dengan menyumbang kepada negara.
Kerajaan PH ketika itu terpaksa menanggung hutang yang besar hasil peninggalan kerajaan Barisan Nasional.