NAK TOTAL LOCKDOWN...BAIK BAGI RAKYAT TAHU ASAL

 1. Kalau betul nak buat 'total lockdown', harap sangat agar kerajaan maklum awal supaya semua orang dapat buat persediaan rapi. Ada yang nak urus anak di asrama, nak buat perancangan sama ada perlu atau tidak beli barang niaga, nak beli dedak lembu atau ayam, nak uruskan orang tua di Kampung dan macam-macam lagi. Setiap orang kan ada masalah yang berbeza.


2. Pastikan dalam perutusan khas nanti, kerajaan umum pakej bantuan yang lengkap meliputi semua lapisan masyarakat dan semua sektor ekonomi. Jangan sampai ada yang tercicir tak dapat bantuan. Sebelum ni, umum PKP tapi tak umum bantuan, lepas beberapa hari barulah ada pengumuman bantuan. Itu pun cuma ulang tayang daripada apa yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 tahun lepas. 


3. Jangan lupa umum sekali SOP ketika lockdown. Apa rakyat boleh buat, apa tak boleh buat. Sektor apa boleh buka, sektor apa kena tutup. Ini tidak, sekejap boleh riadah di Taman awam, esok berubah pula tak boleh. Lusa Menteri lain pula kata boleh. 


4. Tolong jangan susahkan rakyat dengan pengumuman saat akhir dan SOP kerajaan yang selalu berubah-ubah. Jangan berulang kali nafi konon tak buat lockdown, tiba-tiba saat akhir umum buat lockdown. 


5. Padahal kerajaan dah hadap Covid-19 ni hampir setahun, tapi nampak masih terpinga-pinga. Masih banyak kelompongan di sana sini seolah tiada perancangan apa-apa.


6. Contoh TV pendidikan dan waktu kedai operasi kedai makan. Tunggu rakyat bising dan tular di media sosial barulah nak ambil tindakan.


7. Jika tiada keupayaan, elok letak jawatan dan serah semula kerajaan kepada yang berhak iaitu PH yang mendapat mandat rakyat pada PRU14.


Sekian.