Muhyiddin Akan Bertanggungjawab di Akhirat : Tiada Halal Gaji Kabinet.

 Dr Nadzmi Airil Osidea


Muhyiddin Akan Bertanggungjawab di Akhirat : Tiada Halal Gaji Kabinet.


1. Apabila Muhyiddin kehilangan majoriti dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya menunggu seorang sahaja lagi ahli UMNO menarik sokongan untuk runtuh, dia segera berjumpa Tuanku Agong dan menggunakan alasan pandemik Covid19 untuk diisytiharkan darurat. Ini dibuat sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 diisytiharkan petang hari yang sama. Rakyat terkejut keesokan harinya, darurat diumumkan.


2. Setelah darurat diumumkan, satu persatu gergasi korporat meninggalkan Malaysia. Contohnya Hyundai memindahkan ibupejabat Asia Pasifiknya dari Malaysia ke Indonesia. Malah Hyundai memilih Indonesia untuk melaburkan RM 6.25 Bilion untuk kilang baru. Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pelabur. Muhyiddin telah meranapkan ekonomi Malaysia demi mahu kekal menjadi Perdana Menteri. 


3. Diketahui semua bahawa Muhyiddin, dalam mahu berkuasa sebelum ini sudah menyogokkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan saiz kabinet yang teramat besar hinggakan tidak diketahui apa yang Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri Muhyiddin lakukan untuk membangunkan Malaysia. Sebelum ini, di bawah Tun Mahathir, saiz kabinet amat kecil. Gaji mereka ini (malah pencen) akan dibayar oleh rakyat Malaysia hingga mereka mati dan setelah itu, hingga isteri (atau isteri-isteri) mereka mati. Ia adalah bentuk korupsi yang memakan belanja yang besar dan semuanya adalah dari rancangan Muhyiddin dan sekutunya. 


4. Saiz kabinet yang besar ini adalah penuh dengan 'lemak' dan tidak banyak 'otot' Sedangkan semua kementerian sebelum ini berusaha dengan inisiatif 'lean' yakni membuag semua lemak, kabinet yang ada ini penuh berlemak dan tidak berguna malah memudaratkan. Kabinet Muhyiddin gemuk dan kenyang tetapi tidak nampak apa-apa usaha hatta kerja untuk negara.'Otot' langsung diam tidak bekerja. Yang nampak adalah tender-tender terbuka yang ditawarkan kepada kroni atau tukaran kuasa selain mahu memastikan ada duit yang banyak untuk disuap kepada orang bawah bagi mendapat sokongan. 


5. Seronok menjadi Menteri atau Timbalan Menteri sekarang ini. Kerja tidak ada. Darurat hingga bulan Ogos. Gaji masuk. Elaun Masuk. Tidak ada orang yang memantau kad perakam waktu. Mesyuarat kabient setiap Rabu yang dijalankan tanpa gagal semasa zaman Tun sudah ke laut. Malah Muhyiddin sendiri hanya beroperasi dengan untuk Malaysia dengan masa yang terhad. Umum mengetahui kerja hanya 4 jam, tiada sidang akhbar, tiada siapa boleh bertanya soalan dan dia hanya perlu buat perutusan demi perutusan umpama dialah Agong. 


6. Walaupun Muhyiddin berjanji untuk tidak campurtangan dalam urusan mahkamah, hakim berprinsip seperti Yang Arif Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib telah diarah bertukar dari Mahkamah Jenayah ke Mahkamah Sivil. Maka bersoraklah penjenayah-penjenayah UMNO. Sebelum ini Musa Aman dan Tengku Adnan sudah dilepaskan dari pertuduhan. Peluang diharap mereka cerah untuk lepas bebas. Ia juga isyarat untuk Hakim-hakim lain 'berhati-hati' untuk membuat keputusan. Kita berharap para hakim tidak tergugat dan kekal berprinsip. 


7. Kebanyakan Menteri dan Timbalan Menteri kini goyang kaki dengan gaji puluhan ribu dibayar kepada setiap seorang oleh rakyat setiap bulan hinggalah darurat berakhir. Malah sebelum inipun tidak kelihatan apa kerja mereka. Duta Khas ke Timur Tengah, Haji Hadi Awang dan Duta Khas ke China Tiong King Sing tidak pernah ada sebarang laporan media tentang apa yang mereka kerjakan. Begitu juga Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang ramai antara mereka tidak diketahui wujud pun oleh penjawat awam. Cubalah tanya siapa Timbalan Menteri Kesihatan II, Timbalan Menteri Pendidikan II, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Timbalan Menteri Kewangan Ii - semuanya tidak diketahui wujud. TImbalan Menteri hingga dua orang dan semuanya mendapat gaji puluhan ribu tapi tidak ada kerja yang signifian. 


8. Semua gaji mereka yang tidak setimpal tidak akan dihalalkan hatta RM1 oleh rakyat. Ia tidak halal dan akan memakan diri serta merosakkan diri mereka dan ahli keluarga mereka yang kenyang dengan duit rakyat. Ingatlah, ada yang kaya dan gemuk dengan rasuah tetapi jika kanser datang, tiada nikmat dari semua kekayaan itu. 


9. Semua yang berlaku kini adalah hasil  'scheme of things' oleh Muhyiddin dan dia akan menjawab di akhirat bagi semua rasuah ini. Tidak akan dihalalkan oleh rakyat.



No comments: