COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun

 

Hilmi Malik
COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 11 kes kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan selama dua hari berturut-turut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 11 kematian baharu dua hari berturut-turut akibat pandemik COVID-19.
Angka berkenaan sekali gus menjadikan jumlah korban akibat wabak COVID-19 di Malaysia dalam tempoh setahun sudah mencecah 700 kematian.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 3,585 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 190,434 kes.
Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes import direkodkan menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 40,574 kes," katanya dalam kenyataan media yang diedarkan pada Selasa.
Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memberitahu, negeri Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi bagi penularan jangkitan COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 1,295 kes diikuti Kuala Lumpur (610 kes) dan Johor (516 kes).
Sehingga kini juga, seramai 280 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah berkenaan, 111 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, jumlah kes sembuh pula terus mencatat peningkatan dengan jumlah mereka yang dilaporkan pulih ialah 4,076 orang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 149,160 kes.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Bicara Tokoh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim | 10 April 2021