JADILAH INSAN YG TERSENTUH MELIHAT PENDERITAAN ORANG LAIN

 

By

Norman Radzuan






 

Bersuara lah walaupun kesusahan itu bukan diri mu

JADILAH INSAN YG TERSENTUH MELIHAT PENDERITAAN ORG LAIN

Melihat dua isu rakyat ini adakah anda sebak hingga mengalirkan air mata, termenung seketika, geram dan pelbagai perasaan lagi bermain di fikiran ? Insan yg mempunyai perasaan tanpa mengira agama dan bangsa pasti akn kasihan melihat nasib2 insan seperti ini.

Memang sebak melihat seorang ibu terpaksa menggunakan beg plastik kerana tidak mampu membeli pampers utk anaknya. Memang sebak melihat seorang ibu yg memberitahu guru anaknya tidak dpt mengikuti kelas kerana HP tersebut digunakan oleh anaknya yg lain kerana hanya mempunyai hanya mempunyai satu HP.

Tidak semua kita mampu menjadi seperti Ebiet Liew. Tapi di era moden ini semua masyarakat boleh memainkan peranan masing2 dgn menyuarakan isi hati masing2 di laman sosial.

Tidak perlu ke jalan raya seperti pejuang2 dahulu tetapi hanya perlu menulis bila melihat penderitaan org lain. Cukup hanya jari jemari mu memetik keyboard melahirkan perasaan mu.

Bagi saya jalan dakwah bukan semata mata mengajak manusia kpd arah kebaikan tetapi membantu insan2 yg dlm kesempitan. Itu yg dilakukan oleh Ebiet Liew. Beliau berdakwah dan turun ke lapangan membantu insan2 yg memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Para sahabat menunjukkan sebagai Islam kita perlu berdakwah, membantu insan dlm kesusahan dan membantu insan2 yg ditindas oleh penguasa. Tidak cukup hanya dakwah tapi membisu soal penindasan.

Begitulah DS Anwar yg menjadi ikon kpd mereka yg mempunyai jiwa perjuangan yg sanggup dipenjarakan dan keluar penjara kembali berjuang semata mata utk mengubah nasib rakyat.

Seperti kata Erdogan " Jika org baik tidak terjun ke dunia politik maka org jahat akan mengisinya." Kita tidak mahu org kaya bertambah kaya menindas org miskin. Kita mahu kekayaan negara ini dirasai seluruh rakyat. Kita tidak mahu hukum yg berbeza beza antara org kaya dan org miskin.

Itulah yg diperjuangkan oleh DS Anwar. Bukan kita taksub kpdnya tetapi perjuangannya itu menepati apa yg perlu ada pada jiwa setiap insan.

Adakah suara ( penulisan) kita itu berkesan. Jawapannya sudah terbukti... terlalu byk isu2 yg menjadi viral akhirnya kerajaan tunduk kpd kehendak rakyat. Contoh terbaru ura2 kerajaan mahu total lockdown. Apabila netizen mengkritiknya, kerajaan telah menafikan perkara tersebut. Tapi jika kita diam mungkin ia akn diteruskan.

Sgt berbeza di era 80 an dan 90 an. Kerajaan menjadi ala ditaktor kerana media dikuasai oleh kerajaan. Kerajaan menutup segala pintu demokrasi dan sumber maklumat. Maklumat yg diperolehi rakyat hanyalah melalui pentas ceramah dan kaset yg dijual.

Tiada apa lagi yg ingin saya ditulis pagi2 ini lagi. Hanya mahu mengajak kita berperanan sebagai rakyat lakukan yg

terbaik sewaktu hidup mu. Menulislah demi semangat patriotik kpd negara dan demi insan-insan yang memerlukan. Semoga penulisan kita mampu mengubah nasib rakyat yang memerlukan. Mudahan ada pahalanya di situ.

 



No comments: