MOHD MUKHLIS
Mudah kerja jadi menteri agama zaman PN.
Yang daging import haram masuk Malaysia dia senyap,
Yang kawin dalam kuil ikut cara orang bukan islam dia senyap,
Sajat pakai bikini dia senyap,
Melayu murtad menang di mahkamah untuk tukar agama dia senyap,
Buat buku fiqh covid tapi dia sendiri hipokrit langgar SOP,
Duit zakat Wilayah zaman dia jadi mutfi kena tegur dengan
jabatan audit adalah berbunyi sedikit.
Zuhud dengan selekeh pun tak tahu beza, pakai selipar masuk
parlimen, duduk bersila atas sofa di kala tetamu lain semua beradap.
Padan boleh sailang bab terjemahan hadis sampai terciduk geng
PHD.
Tapi paling tak mehanan, bab nasyid dan bola liverpool yang
memang tak ada portfolio, itu nombor satu. ( maybe itu sahaja yang terjangkau
oleh akal)
Kami bukan apa, kalau nama tadi di tukar pada Mujahid, walaun
ruwaibidhah pasti akan terpekik terlolong kata Islam terancam, mohon berdemo
dari Marang ke padang merbuk. Tapi dalam di hina macam itu itu, Dr Mujahid
dapat pulihkan Tabung Haji, dapat selaraskan mahkamah syariah.
Jangan di hairan pada tebalnya kopiah, pada labuhnya jubah, pada
manisnya tulisan sebut nama Nabi dan Tuhan
Kalau bersama pengkhianat, pasti ada benda yang kurang.