GAMBAR SEKADAR HIASAN
Tabligh mengajar diri kita sebagai hamba
DARI BENCI/TAKUT JADI SUKA
'Assalamualaikum'... salam yg menakutkan buat umat Melayu
apabila melihat sekelompok lelaki memakai pakaian serba putih dan berjanggut
panjang. Ada yg menyorok, ada yg pura2 konon tiada penghuni di dlm rumah dan
ada yg kerana terpaksa membuka pintu.
Sebelum ini saya dpt mengenali Jamaah Al Arqam samada dari segi
amalan kpd ahlinya dan cara jamaah ini berdakwah. Kali ini saya cuba mengenali
jamaah yg saya takuti waktu alam pembelajaran. Waktu study dulu hati saya lebih
suka dgn jamaah Al Arqam kerana konsepnya seperti tidak memaksa dan rata2 ahli
jamaahnya org Melayu.
Ia berbeza dgn Tabligh. Kebetulan saya ada mengambil anak angkat
di sebuah pusat Tahfiz. Selalulah saya ke sekolah tersebut membantu Mudirnya.
Mudirnya adalah ahli jamaah Tabligh.
Sedikit demi sedikit saya dgn rela hati cuba mendekati dan
mengenali jamaah Tabligh. Akhirnya saya suka terutama mendengar bayan ( ceramah
).
Mereka sentiasa menceritakan mengenai kebesaran Allah. Ayat2
Masyallah, Subhanallah, Allah... sentiasa kedengaran di bibir jamaah yg
terkesan dgn bayan yg disampaikan. Terubat rasa rindu kpd jamaah Al Arqam yg
diharamkan kerajaan dahulu.
Ada persamaan jamaah ini dgn Al Arqam. Persamaan ketara mereka
tidak memandang serong dgn org lain. Sukar mendengar mereka mengumpat org di
luar jamaah. Sentiasa diajar berbaik sangka. Itu secara umumnya walaupun tetap
ada segelintir yg bersifat sebaliknya. Itu fitrah sejak zaman Nabi lagi tetap
ada perilaku manusia2 seperi golongan khawarij.
Disebabkan itu saya tidak pernah berminat memasuki 'Jamaah/Parti
syurga' walaupun ramai kawan dan menyokong mereka atas dasar wadah politik.
Sebabnya ia bukan tempat saya mencari kedamaian dlm mencari ilmu.
Saya tidak suka ceramah2 mereka penuh dgn maki hamun.... org itu
kafir, keluarga org itu tak terdidik, tak boleh pergi kenduri dan skg semakin
jelas mereka sekadar memperdagangkan agama apabila hukum hakam bertukar2 dalil
mengikut kepentingan mereka.
Jika ada dlm jamaah Tabligh yg menulis atau bila kamu duduk
dgnnya mereka bercerita tentang keburukkan rakan2nya ( yg tidak bersama jamaah
) fahamilah kebanyakkan baru berhijrah sudah melihat dosa2 org lain atau
hatinya benar2 hitam.
Selalunya penyakit org baru berhijrah ini mcm 'lebai' baru dpt
jadi Menteri...Kaduk naik junjung. Begitulah juga baru berkopiah dan mula
menyimpan janggut mereka akn sentiasa menceritakan keburukkan org lain samada
tingkah laku dan pekerjaan seseorang.
Pelbagai Maulana saya temui... dari Mesir, Pakistan, India,
Bangladesh, Fililina, Indonesia tidak sebutir kata2 keluar dari mulut mereka
menghina org lain. Kerja mereka keluar berdakwah atau mereka panggil khuruj
berbulan malah ada bertahun ke sana sini.
Ada org kata ia kerja sia2. Yg tak kenal akn berkata demikian.
Tapi pergilah ke Brazil, Argentina, Chile jika bertemu org Islam di sana tanya
mereka dari mana mereka mengenali Islam...? Tabligh.... jamaah ini seperti
anai2... nampak sahaja begitu tetapi akhirnya mampu merobohkan sebatang pokok
yg besar.
Bagi saya keluar khuruj 3 malam, berbulan dan ada hingga setahun
lamanya itu bukan bermakna kita ini dikira sudah hebat dgn ilmu di dada. Ia
sebenarnya utk memperhambakan diri kita kpd Allah. Bayangkan pernah dlm team
saya ada Doktor, Pensyarah dan seorang Pilot pergi ke kawasan pendalaman yg
rumah pun nak roboh... sombongnya tuan rumah dan marah2 kami.Ketika itulah kita
diuji tentang nilai2 penghambaan.
Sebenarnya keluar berdakwah itu bukan utk menarik org ke dlm
jamaah tetapi lebih kpd memperhambakan diri kpd Allah dan merasai derita
sahabat2 dlm berdakwah.
Ia bukan diuji di situ sahaja tetapi dlm masa sama kita diuji
dgn pelbagai ujian tentang penghambaan. Kadang2 bila kita ditugaskan atau
dipanggil 'khidmat' utk memasak... dlm team kita itu ada mereka yg mungkin
sekadar tukang kebun sahaja... kita akn diuji tentang sifat2 keegoan diri.
Begitu juga jika ditugaskan utk mencuci bilik air dan sebagainya.
Lebih dari itu kpd Ustaz yg bersama. Ketika bayan adakalanya
anak remaja seusia 16 tahun memberi bayan tersebut. Ustaz ini akan duduk di
depan anak muda mendengar bayan yg diberi. Sukar kita mahu melihat Ustaz mahu
duduk bersila 30 minit mendengar kata2 indah tentang Islam di hadapan seorang
budak biasa.
Dlm jamaah ini tetapi ia bukan arahan rasmi tetapi dua kali dlm
satu bayan (ceramah) saya mendengar sendiri Maulana2 menasihatkan jamaah agar
cuba elakkan dari mengambil gambar sepanjang khuruj.
Katanya amalan yg mulia di sisiNya adalah amalan yg manusia
tidak mengetahuinya. Hanya dirinya bersama Allah dan tujuan amalan kita bukan
diketahui manusia tetapi kpd penciptaNya. Maulana bimbang niat yg ikhlas akan
terpalit rasa ingin menunjuk2 nunjuk....bimbang amalan akn menjadi sia2.
Yg bagusnya hasil didikan jamaah, saya yg aktif dari tahun 2011
hingga 2017 tetap mesra dgn jamaah ini. Kadang2 kami terjumpa di mana2 lokasi
masjid. Mereka yg 100% dgn jamaah ini tetap tersenyum, berborak dan melayani
kita seperti biasa. Tidak langsung memperlihatkan rasa janggal dan sebaliknya.
Lucu cerita kawan saya dari Lumut yg meninggalkan 'jamaah
syurga'. Katanya kpd saya baru2 ini..." Man kau tahukan xxxxxxxx bila aku
keluar parti yg dah 20 tahun aku bersama terkejut aku tgk perangai dia. Umur
dah pencen...jiran depan rumah... usah kata bersembang pandang aku pun dah tak
mahu."
Itulah saya katakan jamaah Islam bukan diajar dgn rasa benci.
Jika ada perasaan benci, ada perasaan sombong, ada perasaan rasa kami lah
jamaah syurga... bagi saya ia sudah lari dari ajaran Islam yg sebenarnya.
Sdgkan tanyalah kpd sesiapa pun termasuk diri saya. Dlm kita
bersama jamaah pun sentiasa ada sahaja dosa yg kita lakukan... cuma keaiban
kita itu Allah sembunyikan... jadi jgn sombong dan kenalilah kita ini
HAMBA...kita ini pendosa.
Antara sb utama saya menjarakkan dgn jamaah ini bila saya mula
aktif kembali dgn politik. Saya tidak mahu ada kelakuan atau penulisan kritis saya
akn terpalit nama jamaah ini sb saya pernah disindir mengenainya.
Jadi bila org mahu kritik saya.. kritik sahaja tubuh ini bukan
jamaah itu. Ini kerana dlm jamaah itu langsung tidak mengajar tentang politik.
Saya tidak mahu ada penulisan kritis kadangkala keterlaluan...saya simpan dlm
jubah putih.
Bisik Ustaz Ismail ( lelaki berdiri di tengah ) kpd saya yg juga
bekas org kuat Al Arqam di Sabah..." Dari nilai akhlak tidak boleh lawan
kehebatan Ustaz Ashaari mendidik jamaah Al Arqam dahulu. Lembut sekali..".