1) SAYA dah kata dah, DSAI dan PKR dah tentu taknak ikut
cadangan "Grand Coalition" (GC) ni. Parti itu tidak akan termakan
dengan desakan nak buat "Grand Coalition". Utk apa? Sdgkan PH dah
wujud. Ia satu gabungan besar. DSAI dan PKR pasti tidak akan ikut GC ni. Tu
pasal kami dok cabar puak yg asyik dok melaung GC silalah UMUM SKRG "Grand
Coalition" tu. Kenapa NATO??
2) Nak buat GC tanpa PKR tak berani ke? Sbb kesannya tersgt
besar? Percaya tak Amanah akan melingkup, DAP pun belum tentu dapat kekalkan
100% seat skrg? Kalau DAP nak uji kesetiaan pengundi Cina...sila kerjasama dgn
PT95 dan tinggalkan
DSAI. Cuba lah. Kita tengok siapa yg kena?
3) Kelebihan DSAI dan PKR ialah mereka TIDAK GENTAR utk terus
jadi PEMBANGKANG jika sudah tiada pilihan lain andai PH gagal diselamatkan. Itu
lebih mulia drpd menggadai prinsip dan Agenda REFORM demi mengejar kuasa,
pangkat dan ghanimah. DSAI dan PKR BUKAN Kelompok Kemaruk Kuasa meskipun DSAI
sering dituduh gila nak jadi PM.
4) Puak #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA tu sedar atau tidak PH yg
didaftarkan secara sah selepas PH jadi Kerajaan adalah sebuah Organisasi yg
tersusun dgn Struktur Organisasinya. Oleh itu "Grand Coalition" ini
apa? JIKA nak daftar pun puak tu ingat KERAMITA PN nak bagi? Mejah Z nak
benarkan ke? Lupa ke yg sebelum PRU14 PH pun dinafikan pendaftaran oleh Najib
dan Zahid UMNO BN, menyebabkan semua parti pembangkang terpaksa bertanding di
bawah logo Keadilan di PRU14?
5) PKR pun tahu ini adalah tekanan terhadap DSAI dan PKR
sekaligus bertujuan bagi "hijack" kedudukan DSAI dan mengambil alih
PH. Ini bukan perkara baru. Dulu pun ada usaha utk merampas kedudukan Ketua
Pembangkang sebelum DSAI disahkan sbgai Ketua Pembangkang.
6) Dan...telah byk kali saya sebut, muafakat 3 parti iaitu PKR,
DAP dan Amanah dalam PH perlu diperkuatkan sebelum kita mampu punyai
"bargaining power" dan mampu berbincang dgn SETAN sekalipun utk
"ELECTORAL PACK". Tidak perlu GC pun yg tetiba nak mengubah hieraki
PH. "Electoral Pack" adalah kerjasama yg mencukupi utk kita harung
PRU15. JIKA dulu Warisan pun tak teringin nak join PH kenapa pula tetiba
beriya2 nakkan GC?
7) Seperti yg saya sebut di atas, ini hanya taktik utk
"hijack" PH dan singkirkan DSAI. Ia tidak akan dibenarkan berlaku.
Kak Wan dari PKR adalah Presiden sewaktu PH didaftarkan. Ada mereka fikir tak
kesannya kpd PH itu sendiri jika DSAI disingkirkan atau rampasan kuasa dibuat?
8) Saya yakin, PKR tidak akan mengizinkan "Org Luar"
masuk ke dalam PH yg kemudiannya menuntut hak sama rata sebagai parti komponen
lalu mencetuskan krisis kepimpinan. Itu semua PUNCA...cari masalah. Tak belajar
kah dari apa yg dibuat oleh Bersatu dulu? Ini adalah species yg sama cuba
dibawa masuk oleh #K3 Amanah dan
DAP ke dalam PH Plus utk "Grand Coalition" KUNUNnya, tapi guna bagi
menenggelamkan PH yg asal itu sendiri.
Wallahualam.
- Zus Din
19 Disember 2020
************************
PKR SELESA SEKADAR KERJASAMA POLITIK
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Pakatan
Harapan (PH) tidak perlu gabungan besar yang baharu sebaliknya cukup sekadar
persefahaman politik.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
berkata, parti itu selesa hanya sekadar adanya pemahaman politik.
“Supaya tidak perlu ada isu kepimpinan dan sebagainya. Cukuplah
sekadar persefahaman politik,” katanya menerusi satu wawancara bersama Sinar
Harian di ibu negara pada Jumaat.
Pada Khamis, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata PH tidak perlu membazirkan
tenaga mengejar bayang-bayang, sebaliknya memerlukan satu anjakan politik
baharu untuk membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu.
Menurut mereka, PH perlu mengetepikan bebanan lampau bagi
membentuk PH Plus sebagai pakatan yang mantap.
Mengulas lanjut, Saifuddin bagaimanapun berkata, Guan Eng dan
Mat Sabu perlu menjelaskan cadangan itu dengan lebih lanjut berhubung bentuk
gabungan yang dimaksudkan.
"Apakah ia satu gabungan berdaftar dengan struktur yang
jelas atau sekadar persefahaman politik?," katanya.