PERLANTIKAN REEZAL MERICAN DIBANTAH?



Shahbudin Hussein

Selain dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin juga dikatakan melantik Reezal Merican Naina Merican dua jawatan lain:-

1. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang dan;

2. Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Sehubungan itu, ada pemimpin UMNO tiada berapa setuju dengan tindakan Muhyiddin kerana berasakan sepatutnya salah satu jawatan itu diberikan kepada pemimpin UMNO yang lain di Pulau Pinang, seperti Musa Sheikh Fadzir misalnya.

Takkan semua dia tapau jawatan, kata mereka yang tidak puas hati itu.

Dalam masa yang sama, geng Azmin dalam Bersatu juga membantah keputusan Muhyiddin itu kerana mereka mahukan Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal diberikan salah satu jawatan tersebut.

Kenapa mesti kedua-dua jawatan diberikan kepada Reezal Merican, bantah kumpulan Azmin.

Apa agaknya pertimbangan Muhyiddin sehingga kedua-dua jawatan itu diberikan kepada Reezal Merican?

Takkan berbahagi harta rampasan perang sesama geng PN macam itu caranya dilakukan Muhyiddin?