PENGKHIANAT MAHU JATUHKAN KREDIBILITI YB FUZIAH SALLEH?



Kalau mahu jatuhkan kredibiliti MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dengan hanya isu video yang di naik turun di FB beliau, kemudiannya didelete beserta dengan permohonan maaf, sedikit pun tidak menjejaskan imej beliau.  Bahkan, imej beliau dilihat lebih mulia kerana akur dengan kesilapan dan tidak ego untuk memohon maaf. 

Berapa banyak pemimpin lain dan media seperti Harakah yang membuat fitnah atau laporan salah kepada parti dan pemimpin PH sebelum ini.  Terbaru bagaimana Harakah membuat fitnah terhadap Dap, kemudian memadamkannya kerana khuatir disaman, tanpa memohon maaf.  Berapa ramai pemimpin Pas yang menfitnah, kemudian memadamkannya takut kepada saman, bukan takut kepada Allah, tanpa memohon maaf? Tidak percaya, cuba tanya Mokhtar Senik. 

Sewaktu PH menjadi kerajaan, macam2 fitnah dibuat terhadap PH dan pemimpin.  Ada yang fitnah menteri pertahanan pakai pakaian seragam komunis.  Ada yang tuduh kerajaan PH sokong ICERD.  Ada yang fitnah kononnya kerajaan PH sokong LGBT.  Ada yang siar gambar lama menunjukkan sendiket jual kad pengenalan di Sabah, sedangkan itu gambar di era kerajaan bawah Najib. Fitnah berbagai bentuk bermain dengan isu perkauman.  Kerajaan PH tidak melatah dan menanganinya dengan baik tanpa menggunakan tindakan undang2.  Itu kelemahan kerajaan PH. 

Sewaktu PH menjadi kerajaan dan YB Fuziah Salleh menjadi Timbalan Menteri, beliau telah difitnah secara peribadi.  Beliau sedikit pun tidak menggunakan kuasanya untuk membuat laporan agar penfitnahnya dikenakan tindakan.  Beliau tidak pernah minta sesiapa untuk membuat laporan polis.  Tetapi kami merasakan laporan perlu dibuat agar fitnah peribadi begini tidak berterusan. 

Demi Allah, YB Fuziah pernah menasihatkan saya dan kawan2 agar laporan Polis itu ditarik balik. Kami enggan kecuali yang menfitnah sendiri sanggup berunding dengan kami sebagai tanda keikhlasan.  YB Fuziah boleh sahaja menggunakan pengaruhnya sebagai Timbalan Menteri untuk meminta siasatan dan tindakan terhadap penfitnahnya disegerakan. Beliau tidak berbuat demikian bahkan berulangkali minta kami tarik balik laporan polis berkenaan.

Sehingga kerajaan PH dikhianati, kes yang kami lapor itu kami tidak tahu statusnya sekarang. Nampaknya, penfitnah tersebut bersorak gembira apabila YB Fuziah dipanggil untuk siasatan. Aku nasihatkan, tidak perlulah penfitnah itu mengingatkan kami tentang kes yang sudah hampir setahun terbengkalai itu. 

Usaha pengkhianat untuk menjatuhkan kredibiliti YB Fuziah pasti gagal kerana bekas Timbalan Menteri ini cukup dikenali di kalangan rakyat khususnya di Kuantan.  Selaku Timbalan Menteri, terlalu banyak beliau lakukan untuk perkembangan Islam.  Guru-guru KAFA tahu apa peranan beliau selama ini di dalam berusaha untuk memantapkan dan menaik taraf guru2 KAFA.  Bukan sahaja soal gaji yang berjaya dinaikkan, malah beliau berusaha untuk akan datang menjadikan guru KAFA ini sebagai jawatan tetap di dalam JPA. Malangnya, kerajaan PH dikhianati dan tumbang.  Doakan kerajaan PH kembali untuk menyambung mandat rakyat di dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Kami bangga, YB Fuziah Salleh telah memberikan kerjasama dengan baik kepada pihak Polis tanpa berdolak dalik.  Pihak Polis pula telah melakukan tugas dengan baik dan profesional, serta pantas sekali.  Saya yakin kes ini akan diselesaikan dengan pantas tidak mungkin sehingga setahun.  Apatah lagi di bawah Akta SKMM di mana menterinya kami kenal sangat.  Pengundi2 di IM merinduinya kerana selepas lakukan khianat, tidak nampak muka sangat di IM.  Berkurung sungguh dia dalam tempuh PKP ini. 

Kami tidak lupa, tiada pengkhianatan yang lebih besar dan memudharatkan negara selain dari mewujudkan kerajaan tanpa mandat rakyat melalui pengkhianatan.  Itulah "maudhuk" yang saya cabar MP Indera Mahkota untuk berdebat secara terbuka di bumi IM. 

WFAUZDIN NS

No comments: