Nilai bantuan RM100, diterima RM28?
Pelbagai pihak kesal dengan bantuan keperluan asas yang diagihkan.
Kerajaan sebelum ini menjanjikan nilai bantuan sebanyak RM100 dalam bentuk barangan mentah makanan. Namun terdapat netizen mendakwa nilai bantuan yang mereka terima berupa sekampit beras, dua paket minyak masak, sepaket tepung, bihun dan gula nilainya tidak seberapa.
“Setahu aku, Bantuan PKP dalam bentuk barangan keperluan, sepatutnya berjumlah RM100.00 untuk 1 keluarga..
“Tapi bila make-up atas make-up, maka jadilah ketirisan. Yang menjadi mangsa, orang-orang kampung dan Rakyat susah yang sangat memerlukan.
“Ini bentuk barang yang beharga RM100.00 tu. Bila dikira balik, keseluruhan barang-barang ini cuma beharga RM28.40,” dakwa netizen dipetik gemilangdaily.com.
Menurut netizen kerajaan sepatutnya menyiasat jika orang tengah yang mengendaikan batuan itu mark up harga atau mengambil komisen dan sebagainya.