"Dia PEMUJA DAP." Itu kenyataan yg diulang ulang dlm tulisannya. Utk memperkuatkan hujahnya dilampirkan gambar Dr Musa dg Dr Dzul. Seolah olah terbuktilah sudah tuduhan itu. Itukah level seorg yg digelar ahli akademik yg saban hari membuat rujukkan, kajian, mengumpul sampel data (data sekundar dan data primer) seterusnya membuat analisa dan penemuan ilmiah utk dijadikan bahan rujukkan para pelajarnya?
Saya bukan pembela DAP, juga bukan pentaksub mana mana parti politik atau fahaman politik. Hanya melihat sesuatu isu itu disudut kebenaran. Kerana Islam menuntut bercakap BENAR bukan FITNAH.
Analoginya saya permudahkan, jika saya seorg PEMUJA Datuk Siti Nurhaliza, saya membuat kenyataan menghina ratu jazz Malaysia Datuk Seila Majid. Sedangkan saya tidak ada hubungan pun dg Datuk Siti. Adakah ADIL peminat Datuk Seila Majid juga orang ramai menyelar dan menyerang Datuk Siti. Hatta jika saya ada hubungan keluargaan dg Datuk Siti pun, disegi undang undang adalah tidak adil menyerang Datuk Siti.
Prof ini hanya bertujuan tidak baik mengheret isu Dr Musa ini dg parti parti politik. Kini dia menghala senapangnya kearah Ikram setelah tembakkannya yg pertama tersasar.